Buletin

LAMBORGHINI HASILKAN 430 KG MADU SETAHUN, TIDAK DIJUAL KEPADA UMUM

Kita semua maklum, Lamborghini sangat terkenal dengan barisan supercar dan sebuah SUV yang menjadi rebutan ramai.

Namun, tidak ramai yang tahu pengeluar dari Sant’Agata Bolognese itu sebenarnya ada mengeluarkan produk di luar bidang automotif.

Selain daripada menawarkan program penyesuaian kereta yang dikhususkan untuk pemilik, Lamborghini juga turut menghasilkan madu, namun sayang sekali ia bukanlah untuk dijual.

Setiap tahun, Lamborghini menghasilkan kira-kira 430 kg madu yang diperoleh daripada sarang apiari yang mempunyai kira-kira 600,000 ekor lebah yang dijaga sejak tahun 2016 lagi.

Seperti yang dinyatakan, madu Lamborghini ini tidak dijual, sebaliknya dihadiahkan kepada para pekerjanya bersempena perayaan Hari Krismas.

Selain daripada Lamborghini, Porsche juga turut menghasilkan sendiri produk madu lebah, dengan purata 1,000 kg setiap tahun. – Motor1

Google ads
Back to top button