Buletin

DAIHATSU BANGUNKAN SISTEM BANTUAN PEMANDUAN BAHARU – GUNA KAMERA STEREO SAHAJA!

Daihatsu Motor Co Ltd baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah membangunkan satu sistem bantuan pemanduan terkini. Sistem yang dipanggil Smart Assist III itu kini sudah digunakan pada model kompak Tanto facelift yang mula dijual di pasaran Jepun pada November lalu.

batch_daihatsu-tanto-2016-mekanika1

Sebelum ini, Daihatsu membangunkan sistem bantuan pemanduan Smart Assist II. Ia menggunakan satu kamera monokular dan peranti radar lazer untuk memantau objek di hadapan kenderaan. Sistem tersebut berfungsi menghalang kemalangan dengan membrek kenderaan secara automatik.

Manakala sistem baharu pula bukan sekadar dapat menghalang kemalangan di antara kenderan, malah dengan pejalan kaki menerusi pengguna satu kamera stereo sahaja.

BACA: TOYOTA & DAIHATSU TUBUH SYARIKAT BAHARU UNTUK KUASAI PASARAN KERETA KOMPAK

Kamera stereo itu dibangunkan oleh Denso Corp. Jarak diantara lensa kiri dan kanannya cuma 80mm. Ia dilihat jauh lebih dekat berbanding kamera stero yang dihasilkan oleh pengeluar lain. Sebagai contoh, jarak Dual Camera Brake Support buatan Suzuki Motor Corp ialah 160mm.

batch_daihatsu-tanto-2016-mekanika3

Memandangkan saiz kamera itu boleh dikurangkan, maka sistem tersebut boleh diaplikasikan ke atas model lebih kecil seperti Mira e:S.

Hasilnya, sistem Smart Assist III dijangka dapat melepasi ujian mengelak kemalangan di antara kenderaan dengan pejalan kaki yang dijalankan oleh Program Penilaian Kenderaan Baharu (NCAP) di Jepun, Eropah dan sebagainya.

Fungsi mengelak kemalangan itu boleh digunakan apabila kenderaan bergerak pada kelajuan sehingga 30km/j. Pada kelajuan 30 hingga 50km/j, system itu didakwa mampu mengurangkan impak pelanggaran.

Tags
Google ads
Back to top button