Buletin

DAPATKAN RENAULT CAPTUR TERPAKAI PADA HARGA BERMULA RM60,000. UNIT TERHAD, BELI SEGERA!

TC Euro Cars (TCEC)  baru-baru ini mengumumkan promosi jualan ke atas unit terhad Renault Captur baharu dan terpakai bermula sekarang hingga 31 Disember 2020. 

Pelanggan yang membeli Captur baharu berharga RM105,289 akan menikmati jaminan pengeluar selama lima tahun, penyelenggaraan percuma dan nilai jualan overtrade sebanyak RM20,000 (trade-in dengan kenderaan sedia ada. Rebat sebanyak RM18,000 pula ditawarkan kepada pelanggan tanpa trade-in. 

Mereka yang ingin membeli Captur terpakai model facelift 2018 boleh memilikinya pada harga RM60,000 dan  RM65,000 bagi tahun 2019. Kedua-duanya hadir dengan servis percuma selama setahun dan jaminan terhad. 

Unit tidak banyak, jadi ia akan dijual berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat. Harga yang dinyatakan adalah di atas jalan tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia untuk pendaftaran peribadi sahaja.  

Sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan, Renault telah membuka satu seksyen “Pre-Owned” dalam Renault E-Store. Jadi, pelanggan boleh melihat model terpakai Captur, membuat pilihan dan melengkapkan proses pembelian dengan mudah. 

Captur merupakan crossover paling laris di Eropah yang dikuasakan oleh enjin turbo TCe 120. Mematuhi piawaian Euro6, enjin tersebut menawarkan kuasa trok 205Nm dan dipadankan bersama kotak gear klac berkembar 6-kelajuan. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web:  www.renault.com.my atau hubungi talian 1800-18-8663.

Google ads
Back to top button