;
Buletin

DI JEPUN, KERETA DISEWA UNTUK… TIDUR

Di sebuah negara yang mana ekonominya bergantung 40 peratus pada industri automotif pelbagai cara dibuat bagi memastikan industri terus berdaya saing. Dari konsep pemilikan kepada sewaan, pembelian pukal, teknologi hidrogen, elektrik, hibrid dan sebagainya membolehkan industri automotif Jepun terus berdaya saing.

Tapi dari satu sisi lain, sebenarnya jualan kereta di Jepun sebenarnya telah menurun. Orang tidak lagi membeli kereta sebagai keperluan, terutamanya generasi muda yang lebih gemar menyewa berbanding memiliki kereta sendiri.

Dan yang menariknya juga mereka sewa kereta kerana kosnya lebih murah berbanding – bukan membeli kereta tapi menyewa hotel.

Kos penginapan hotel di Jepun lebih tinggi dari kos menyewa kereta dan itu menyebabkan wujud trend baru – menyewa kereta untuk tidur menggantikan hotel.

Alasan penyewa ialah mencari kereta sewa lebih mudah dan murah dan fleksibeliti sewaan yang ditawarkan.

Dianggarkan terdapat lebih 12,000 pusat sewa kenderaan yang menawarkan sewa kereta serendah 400 yen untuk 30 minit.

“Saya menyewa kenderaan untuk dijadikan tempat rehat sambil makan setelah membeli makanan di mini market. Di mini market tiada tempat untuk makan,” kata salah seorang lelaki di Saitama seperti yang dilaporkan akhbar Asahi.

“Biasanya satu-satunya tempat yang boleh tidur ialah di cafe internet depan stesen keretapi. Tapi dengan menyewa kereta dengan cuma beberapa ratus yen, sama sahaja kosnya dengan cyber cafe.

Menurut salah satu syarikat kereta sewa terkenal memberitahu, dari 400 responden, 1 dari 8 penyewa tidak lagi menggunakan kereta sebagai alat pengangkutan.

Dalam satu tinjauan juga menyaksikan hasil yang sama. Perusahaan NTT Docomo Inc mengkaji 400 responden yang mana menurut hasilan mereka 1 dari 8 penyewa menyewa kereta cuma untuk tidur.

Selain itu ia juga disewa untuk sekadar berjumpa kawan, keluarga, berlatih bahasa Inggeris dan sebagainya. 

Bahkan ada yang menyewa kereta hanya untuk tempat memanaskan badan ketika musim sejuk ataupun sebagai tempat berehat ketika musim panas.

Tags
Google ads
Back to top button