Buletin

DISAMAN KERANA TAMPIL TERLALU CANTIK DI JALAN RAYA AWAM

Seorang polis trafik mungkin dikenakan tindakan tegas kerana mengeluarkan saman ke atas seorang wanita hanya kerana dia didakwa terlalu cantik untuk berada di jalan raya awam.

Insiden yang berlaku di Paysandu, Uruguay pada 25 Mei lalu itu membuatkan netizen berang dan mahu pegawai itu dikenakan tindakan sewajarnya. Jabatan polis mengesahkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman gantung kerja, dipindahkan ke tempat lain atau dipecat.

Pada kejadian tersebut, dia didakwa mengarahkan pemandu wanita terbabit menghentikan kenderaannya. Dia kemudian mengeluarkan saman dengan menulis ‘mempunyai kecantikan melampau di atas jalan raya.’

Bukan itu sahaja, dia juga menulis ‘I love you’ di atas kertas saman yang sama. Seperti dijangka, saman itu pantas dikongsi di media sosial dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen sama ada ada tindakan itu comel atau menakutkan.

Ketika kempen #meetoo yang kian mendapat sambutan di seluruh dunia, menggunakan kuasa untuk mengorat wanita sememangnya boleh mencetuskan kemarahan awam. Namun, ramai juga yang beranggapan polis itu tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dalam kes ini, apa yang dilakukan oleh polis itu memang salah. Ini kerana polis tidak dibenarkan untuk mengeluarkan saman atas kesalahan yang direka, apatah lagi untuk mengorat perempuan.

Media Uruguay tidak melaporkan apa-apa tentang wanita berkenaan. Beberapa komen menyatakan mahu melihat wajahnya, apakah benar-benar cantik dan berbaloi untuk kesusahan yang dialami oleh polis tersebut.

Google ads
Back to top button