Motosikal

HONDA CBR 1000RR FIREBLADE, HONDA CBR 600RR, YAMAHA FZ-1 DIBIAR MEREPUT DI BALAI POLIS INDIA

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Selepas China, India merupakan pasaran membangun yang menjadi sasaran utama pengeluar kenderaan.

Dengan jumlah penduduk mencecah 1.3 bilion orang, selera terhadap kereta dan motosikal pastinya sangat bervariasi. Atas sebab itu jugalah para pengeluar kenderaan sentiasa menambah baik tawaran sedia ada.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Biarpun begitu, India merupakan negara yang ‘sukar’ untuk peminat kereta atau motosikal import. Pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan membuatkan harga jentera tersebut tidak mampu dipenuhi oleh kebanyakan orang.

Jadi, untuk mengelak daripada membayar cukai yang tinggi, ramai mengambil pendekatan mengimport motosikal berkuasa tinggi secara haram. Kalau tidak bernasib baik, motosikal itu akan dirampas dan mereput begitu sahaja di balai-balai polis di seluruh India.

Gambar ini dirakam di balai polis Andheri di Mumbai. Dapat dilihat dengan jelas beberapa unit motosikal berkuasa tinggi seperti Honda CBR 1000RR Fireblade, Honda CBR 600RR, Yamaha FZ-1 dan sebuah motosikal replika Repsol terbiar begitu sahaja sambil disaluti debut tebal.

Apabila diperhati dengan lebih dekat, ada sebuah Honda CBR 600RR edisi Konica Minolta yang sememangnya sukar dicari.

Kebanyakan motosikal yang terbiar itu merupakan model 600cc. Ini kerana kerajaan India pernah mengharamkan penjualan dan pengimportan motosikal berkapasiti 600cc demi melindungi pengeluar motosikal tempatan.

Peraturan itu kemudian diubah untuk membenarkan penjualan dan import motsosikal 800cc dan ke atas. Sejak itu, banyak pengeluar membina kilang-kilang di India untuk memasang produk CKD di sana.

Biarpun begitu, mereka yang mempunyai asal-usul India tetapi tidak tinggal di India (NRI) dibenarkan membawa masuk motosikal masing-masing ke dalam negara. Cara ini membolehkan peminat motosikal dimport dan dijual tanpa dokumentasi lengkap.

Selama bertahun-tahun, Lembaga Pengarah Risikan Perolehan telah mengumpul maklumat dan mula menyerbu bengkel-bengkel atau menahan mereka dalam sekatan jalan raya.

Motosikal ini biasanya akan dirampas dan pemilik perlu membayar denda dan cukai yang tinggi. Pemilik kemudian lazimnya tidak lagi peduli dan membiarkan motosikal ini berkubur begitu sahaja.

Sayang betul…

kredit teks/foto: cartoq.com

Tags
Google ads
Back to top button