
DMV JEPUN – APA BENDA SEBENARNYA NI?
Sekali tengok nampak macam bas mini yang biasa kita lihat. Dua kali tengok pun masih nampak macam bas. Tiga kali tengok baru berasa pelik. Tak nampak macam bas. Apa hal tah ada muncung panjang di bahagian hadapan tu kan? Inilah dia tuan tuan, Dua Mode Vehicle (DMV). Bas pun iya, keretapi pun iya juga,
DMV ini sebenarnya adalah merupakan kenderaan dwifungsi yang membenarkan ianya bergerak di atas jalanraya sebenar atau pun untuk bergerak di atas landasan keretapi. Pendek kata, ianya boleh berubah untuk menjadi sebuah bas atau pun keretapi mengikut kesesuaian.

Bila mana dah berada di Jepun, sudah tentulah pilihan untuk mengubahsuai kenderaan sebuah mini bas kepada mini keretapi tidak sesukar mana. Pelbagai pilihan yang ada. Namun pihak pengendali telah memilih tiga buah daripada model Toyota Coaster bernadikan enjin diesel, sebuah mini bas yang cukup popular di Jepun untuk disumpah menjadi dwi fungsi sebagai mini keretapi atau pun kini dikenali dengan nama DMV. Dan tahukah bahawa DMV ini turut mempunyai plat nombor pendaftaran yang sah bagi membolehkan ianya bergerak di atas jalanraya.

Muncung yang dipasang pada bahagian hadapan itu bukanlah sengaja dipasang untuk kelihatan huduh dan mendatangkan kata kata nista daripada warga setempat. Tapi sebaliknya ianya mempunyai fungsi untuk menyimpan set hadapan roda keretapi sewaktu fungsi bas digunapakai. Huduh tapi praktikal.
Set roda yang sama turut diletakkan di bahagian belakang tayar bas. Cumanya ketika fungsi keretapi diaktifkan, bahagian hadapan akan terjungkit sedikit kira – kira 15 cm manakala bahagian belakang ianya hampir kelihatan sekata dengan permukaan tayar dan juga roda keretapi. Sebarang pertukaran mode bas ke keretapi hanya memerlukan pemandu untuk menekan satu punat di dalam, dan hanya 15 saat sahaja diperlukan untuk mode keretapi diaktifkan sepenuhnya.
DMV ini adalah merupakan cabang daripada sistem keretapi di Jepun – Asato Line yang terletak di Shikoku, salah satu kepulauan terkecil yang ada di Jepun. Asato Line ini merangkumi empat stesen utama dengan jarak keseluruhan 10 km.

Sebenarnya sebelum ianya dijadikan sebagai laluan DMV bagi tujuan tarikan pelancong, sebuah laluan keretapi telah pun digunakan terlebih dahulu, namun keretapi ini ditamatkan perkhidmatannya bagi memberikan laluan kepada projek ini. Tren keretapi yang asal masih telah dialihkan dan diletakkan di tepi laluan sebagai tanda simbolik.
Kini perkhidmatan DMV ini telah pun memulakan operasinya bermula 25 Disember 2021 dan terus menjadi tarikan utama pelancong untuk merasai sendiri keunikan mode pengangkutan yang satu ini. Unik dan rare orang kata.
Kredit Foto : FB ASATETU
BACA : RAHSIA DI SEBALIK KEHEBATAN SHINKANSEN (KERETAPI PELURU JEPUN)
BACA : BAS ATAU TREN? JEPUN DEBUT DMV, BOLEH TUKAR DALAM TEMPOH 15 SAAT!!