Buletin

HYUNDAI BANGUNKAN KILANG BATERI EV DI US, CIPTA TIGA RIBU PELUANG PEKERJAAN

Hyundai akan bekerjasama dengan SK On untuk membangunkan sebuah kilang bateri EV di Bartow County, Georgia, Amerika Syarikat.

Fasiliti yang akan dibuka tahun 2025 itu bakal menelan pelaburan bernilai $4 hingga $5 bilion dan dijangka mencipta 3,500 peluang pekerjaan baharu.

Pek bateri yang dibina di kilang ini akan dibekalkan kepada kilang-kilang pemasangan EV Hyundai di Amerika Syarikat, di mana Hyundai merancang untuk melancarkan sehingga 11 EV baharu menjelang tahun 2030 termasuklah tiga sedan, enam SUV, sebuah kenderaan komersial ringan dan sebuah model baharu yang tidak dijelaskan.

SK On merupakan sebuah syarikat subsidiari bateri lithium-ion di bawah SK Innovation, di mana ia turut mempunyai sebuah kilang di Commerce, Georgia dengan tenaga pekerja seramai 2,000 orang.

Hyundai membuat pelaburan besar untuk pemasangan kenderaan di Georgia.

Pada bulan Oktober, kilang baharu bernilai $5.54 bilion sudah pun mula dibina di mana ia akan menjadi lokasi pemasangan kenderaan Hyundai, Genesis dan Kia menjelang separuh pertama tahun 2025 dengan kapasiti tahunan antara 300 hingga 500 ribu kenderaan.

Google ads
Back to top button