Artikel Pilihan

VIDEO: AKSI DRIFT DAN SILAP MATA OLEH PEMANDU BMW Z4

Aksi drift oleh pemandu professional macam Keiichi Tsuchiya, Tengku Djan dan juara rali Mentakab memang best ditonton tapi ada aksi lain yang lebih seronok ditonton. Aksi macam mana? Ni, aksi macam pautan video kat bawah. Jenis pemandu amatur tapi poyo nak buat drift atas jalan raya.

Video ini menunjukkan aksi sebuah BMW Z4 yang cuba meniru gaya keluar pakir Mercedes-Benz AMG C63 sambil melakukan power slide. Sayangnya beliau terlebih power sehingga terbabas ke dalam longkang dan terus hilang dari pandangan. Fuh power betul tu.

Mercedes AMG tu keluar boleh tahan lagi dengan power slide ringan kemudian memecut laju ke hadapan. Mamat Z4 ni mungkin jenis suka aksi copy ori cuba meniru aksi yang sama tapi entahlah, mungkin masa keluar tu tak mandi dulu kot?

Sekali tengok pun nampak sangat jenis skil ke laut. Sekurang-kurangnya praktis la dulu bang sebelum show off depan orang ramai. Tapi kalau dah terer pun, jalan raya bukan tempat yang sesuai untuk show off. Bahaya weh.

Longkang tu pun boleh tahan. Dah macam tali air kat kampung abang. Walaupun takdelah laju sangat semasa kemalangan berlaku namun kerosakan yang dialami Z4 tu boleh dikatakan akan teruk. Ego pemandu memang tercalar habis la. Satu dunia gelak wei.

Antara yang perlua dibaiki ialah bumper hadapan, bahagian bawah badan dan basuhan yang menyeluruh sebab dah terbenam dalam lumpur. Silap-silap ular katak pun sempat bersarang dalam.

Begitu pun pemandu Z4 ni boleh kira beruntung lagi la sebab tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kemalangan ini juga tidak melibatkan kederaan lain.

Sayugia ingin kami ingatkan wahai semua bangsa Mekanika dan kami sendiri supaya tidak meninggalkan otak jika perlu memandu atau menunggang.

Google ads
Back to top button