Buletin

BAS ATAU TREN? JEPUN DEBUT DMV, BOLEH TUKAR DALAM TEMPOH 15 SAAT!!!

Jepun memperkenalkan kenderaan dual mod (DMV) yang mampu digunakan di atas jalan raya dan landasan kereta api.

Ia didakwa DMV pertama di dunia didedahkan pada bulan lalu di pekan Kaiyo, Wilayah Tokushima.

DMV berkenaan mampu bertukar mod daripada bas di jalan raya kepada tren dalam tempoh 15 saat dengan menekan butang sahaja.

Bas itu menggunakan tayar biasa untuk bergerak atas jalan raya dan boleh bertukar menjadi seperti tren sekiranya berjalan di landasan kereta api.

Ketua Pengarah Eksekutif Asa Coast Railway, Shigeki Miura berkata, DMV itu boleh menjadi kenderaan serba guna untuk masyarakat, terutamanya di kawasan perkampungan.

“Kenderaan itu amat sesuai digunakan untuk membawa penumpang dan kami menjangkakan ia bakal menjadi pengangkutan awam berkesan di Jepun.

“Projek DMV itu sudah berjalan sejak sedekad lalu dan pihak berkuasa Tokushima berharap penggunaannya dapat menarik lebih banyak kemasukan pelancong ke wilayah tersebut,” katanya.

Kenderaan itu boleh membawa seramai 21 penumpang dan bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam bagi mod tren dan 100 kilometer sejam untuk mod bas. – autoevolution/dailymail/utusan

Google ads
Back to top button