Buletin

DODGE DURANGO SRT HELLCAT JAILBREAK. SEBUAH SUV MUSCLE YANG LAJU UNTUK KELUARGA

Anda memerlukan sebuah SUV keluarga tetapi dalam masa yang sama anda juga adalah peminat kereta muscle asli dengan kuasa yang bukan kepalang. Barangkali model SUV muscle Dodge Durango SRT Hellcat Jailbreak ini adalah jawapan sebenar kepada dilema yang anda hadapi.

Berdasarkan rekod katalog milik Dodge, model SUV Durango SRT Hellcat ini sememangnya dikenali sebagai sebuah SUV keluarga yang buas dan selesa. Tetapi versi Jailbreak ini membuktikan sesuatu apabila menjadi sebuah SUV tiga baris tempat duduk dengan enjin pembakaran dalaman yang paling laju dalam kelasnya serta terbukti keupayaan menunda treler di belakangnya dengan kapasiti berat sehingga 4,000 kg.

Seiring dengan nama Jailbreak di hujungnya, Dodge Durango SRT Hellcat ini memberikan peluang dan ruang untuk mereka berekperimentasi dengan pelbagai ciri kosmetik yang ada padanya.

Jailbreak membawa pilihan enam kemasan roda unik dengan empat warna angkup yang berbeza, enam pilihan cat luaran termasuk warna baharu Green Machine 2026, juga lima reka bentuk jalur luaran, lima warna tempat duduk dalaman, empat warna tali pinggang keledar, dan beberapa pilihan pemperibadian tambahan. Terdapat juga pilihan hood hitam berkilat yang tersedia, bumbung matahari berkuasa, serta audio premium. Akhir sekali, Pelanggan yang mencari pemperibadian terbaik boleh bekerjasama dengan Dodge Concierge untuk membuat Jailbreak mereka dicat dalam hampir mana-mana warna yang boleh dibayangkan.

Dengan trenkuasa daripada enjin supercaj 6.2 liter HEMI Hellcat V8 yang mampu menghasilkan output maksimum sehingga 710 HP dan 875 Nm menjadikannya sebagai sebuah SUV muscle yang laju dan tangkas.

Sistem brek kini menggunakan Brembo dengan rotor hadapan bersaiz 15.75 inci bersama dengan angkup empat piston di hadapan, manakala brek belakang menggunakan cakera belakang belakang bersaiz 13.8 inci. Roda aloi bersaiz 20 inci yang dibalut dengan tayar Pirelli. Sistem suspensi adaptif juga digunakan untuk memberikan keselesaan kepada penumpang.

Bahagian dalamannya di bahagian kerusi menampilkan balutan uplhosteri lengkap dengan fungsi urut dan pengudaraan. Barisan kedua dengan tempat duduk kapten lengkap dengan perehat tangan memberikan keselesaan dengan tempat duduk dibaris ketiga sepatutnya dihuni oleh kanak-kanak tanpa masalah.

Dengan harga ditawarkan sekitar $141,000 (RM591,847) ianya mungkin dilihat berbaloi untuk dimiliki apatah lagi model yang laju ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan dan keselesaan moden.

BACA : DODGE CHARGER ‘BARANG PANAS’. SATU BALAI POLIS SOUTHEAST MICHIGAN TERIMA LAPORAN 1,000 KECURIAN!!!

BACA : PRODUKSI DODGE DURANGO HELLCAT 2021 BERTAHAN 6 BULAN SAHAJA

Google ads

B K

Back to top button