
DODGE CHARGER ‘BARANG PANAS’. SATU BALAI POLIS SOUTHEAST MICHIGAN TERIMA LAPORAN 1,000 KECURIAN!!!
Jentera prestasi tinggi Dodge merupakan antara jenama yang mendapat sambutan di pasaran.
Begitupun, ia turut menjadi ‘barang panas’ kepada aktiviti mencuri kenderaan di Amerika Syarikat (AS).
Salah satu balai polis melaporkan terdapat lebih 1,000 kecurian melibat jentera Dodge Charger disiasat di Southeast Michigan pada tahun lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Saline, Marlene Radzik, ia berikutan terdapat dua buah lagi model Dodge Charger Scat yang dicuri dari pengedar pada 2 Februari lalu.

Bukan sahaja Charger yang menjadi pilihan pencuri tetapi melalui memo Polis Negeri Michigan mendedahkan model Dodge Durango dan Jeep Grand Cherokee mencatatkan peningkatan.
Selain itu, pihak polis tempatan diminta berada dalam keadaan berjaga-jaga memandangkan terdapat peningkatan kes kecurian kenderaan di Ohio, Kentucky, Georgia, Illinois dan New York.

Stellantis dalam respon kepada laporan tersebut menjelaskan setiap kenderaan yang dihasilkan telah menepati piawaian keselamatan yang ditetapkan malah menggunakan teknologi piawaian industri.
“Bagaimanapun, kami menyeru kepada semua pengguna memastikan keselamatan kenderaan mereka,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, data Highway Loss Data Institute, mendedahkan model Charger dan Challenger Hellcat merupakan model kenderaan yang kerap dicuri antara tahun 2016 dan 2018.
Katanya, kes kecurian tersebut dikatakan lima kali ganda berbanding angka purata nasional. -carscoops/testdrive
- BACA: PRODUKSI DODGE DURANGO HELLCAT 2021 BERTAHAN 6 BULAN SAHAJA
- BACA: KECEWA DENGAN BAKAL PEMBELI YANG MAIN-MAIN, PENJUAL HANCURKAN TERUS DODGE CHARGER 1970 JADI BESI BURUK (VIDEO)
- BACA: INI CARA AJAR ANAK SUKA SANGAT MAIN PS4. LENYEK DENGAN DODGE CHALLENGER, GUNA MYVI PUN BOLEH JUGA
- BACA: DODGE CHARGER – KERETA PALING DISAYANGI DI AMERIKA SYARIKAT