BuletinMotosikal

DOVIZIOSO UNGGULI MOTOGP QATAR, MARQUEZ BERI TEKANAN DAN ROSSI JUGA PODIUM.

Kami yakin, malam tadi, pasti ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak pernah ambil tahu pasal MotoGP menonton perlumbaan pembukaan yang diadakan di Litar Losail Qatar. Pertama kali dalam sejarah, Hafizh Syahrin membawa nama Malaysia ke pentas perlumbaan motosikal paling berprestij di dunia.

Perlumbaan malam tadi sememangnya menarik sejak dari lap pertama lagi.

Dalam sesi ujian masa pada Sabtu, pelumba yang dikenali dengan gelaran Pescao 55 itu berjaya menduduki petak ke 15, satu pencapaian yang bukan sahaja bagus, tetapi sangat bagus untuk seorang yang pertama kali bersaing dalam kelas paling sukar ini.

Bukan itu sahaja, Johann Zarco, rakan pasukan Hafizh berjaya menduduki petak hadapan. Sebaik perlumbaan dimulakan, Zarco memimpin perlumbaan di kedudukan pertama diikuti Marquez, Pedrosa, Rossi, Petrucci, Crutchlow dan Dovizioso.

BACA: KENAPA WINGLET MOTGP DIHARAMKAN?

Pada pusingan ketiga, Valentino Rossi berjaya memintas Pedrosa untuk tangga kedua dan di pusingan lap keempat Pedrosa semakin ketinggalan apabila dipintas Petrucci.

Kedudukan kelompok pertama tujuh pelumba kekal dengan susunan ini hingga lap keenam di mana Rossi berjaya di kedudukan kedua selepas berja memintas Marquez. Kedudukan satu-dua Zarco dan Rossi kelihatan seimbang sementara posisi Crutchlow dan Petrucci mula memberi tekanan kepada Marquez.

Perlumbaan lebih dramatik menjelang pusingan ke 10 apabila posisi empat hingga tujuh sering bertukar posisi. Sehingga ke lap11 Marquez berjaya memintas Rossi untuk tangga kedua.

BACA: HAFIZH SYAHRIN DAN DUA MATA PERTAMA!

Sehingga saat ini, Zarco yang satu-satunya pasukan bukan pilihan masih mendahului perlumbaan namun pada lap ke 18 pada ketika kelihatan Yamaha Tech 3 sudah hampir pasti membuka kejayaan podium di tempat pertama, beliau telah dipintas Dovizioso dengan ruang yang sedikit terbuka. 

Ducati ni memang laju betul di jalan lurus!

Entah mengapa. hanya berbaki kurang lima pusingan, prestasi Zaco terus goyah. Beliau terus dipintas satu demi satu pelumba menyebabkannya jatuh di kedudukan ke lapan.

BACA: PASUKAN KAYA VS PASUKAN MISKIN DI MOTOGP

Pada pusingan akhir, Dovizioso terus kekal di petak pertama walaupun cuba dipintas Marquez pada saat-saat akhir dan dengan perbezaan 0.027 saat, pelumba Ducati itu berjaya menduduki podium pertama diikuti Marquez dan Rossi di tangga ketiga.

Perlumbaan Qatar juga menyaksikan podium dihuni oleh tiga pasukan pembuat yang berbeza. Ducati, Honda dan Yamaha.

Sementara itu, Hafizh Syahrin berjaya mengutip mata pertamanya dengan menghabiskan perlumbaan di tempat ke-14. Satu pencapaian yang membanggakan buat negara.

 

Google ads
Back to top button