BuletinMotosikal

DUCATI PANIGALE V2. SUPERBIKE UNTUK MEREKA YANG TAKUT BINI…

Melainkan anda bertaraf maulana, kebanyakan bikers yang Abang Japar kenal, takut bini. OK. ini realiti. hahahaha!

Jadi, bila anda beli superbike macam BMW HP4, Panigale V4, Aprilia RSV4 RR, semuanya datang dengan kerusi tunggal – single seater. Sebab memang itulah tujuan motosikal itu dibina.

Kalau ride dengan bawak pembonceng, samada anda akan kena stroke pergelangan tangan atau perlukan skill 300% untuk belasah korner.

Ducati sedar akan keperluan superbike untuk mereka yang takut bini sebab bini nak ikut laki dia pergi ride. Jadi, mereka buat versi Panigale yang lebih murah, kurang berkuasa berbanding V4 dan yang pentingnya datang dengan tempat duduk belakang.

Tak apa kalau bini nak ikut, bagi dia ikut sekali dan setelah sampai Kari Kambing 40 hari, berkemungkinan besar dia taknak ikut dah lepas tu.

Kerusi belakang tu mungkin sesuai untuk bonceng seekor kucing saja. Kecil dan sangat tak selesa.

Dah nama Panigale, seat depan dia pun haram tak selesa langsung.

Jadi apa istimewanya Panigale V2 ni?

Ini adalah rangkaian Panigale versi amatur yang menggunakan enjin V2 bagi pasaran tahun depan.

Dari segi rekabentuk, ia masih nampak garang, bengis dan sama seperti abang besarnya Panigale V4. Lampu LED berkembar di depan, skup udara dan lengan ayun belakang juga sama jenis sebelah – single sided swing arm.

Kalau dibandingkan dengan Panigale 959 sebelumnya, yang ini lebih nampak mirip dengan Panigale V4 (atau 1299 masa zaman 959). Ducati 959 gunakan arm jenis “banana” yang memang nampak murah.

Dari segi pengendalian, Panigale V2 dipadankan dengan suspensi depan Upside down Showa BPF yang boleh dilaras sepenuhnya, sama seperti shock absorber belakang dari Sachs.

Ia turut didatangkan dengan kawalan traksi DTC Evo2 dengan fungsi prediktif , Ride mode, perubahan dua arah semi-automatik, IMU dan juga brek ABS.

Semua kawalan ini dipadankan dengan panel digital TFT 4,3 inci.

Enjin baru Superquadro Panquale 959cc 2 silinder sejukan cecair ini mampu menghasilkan 155 hp dan tork 102 Nm untuk berat yang hanya 176 kg sahaja.

Menarik kan?

Ya., untuk sebuah Ducati Panigale, enjin apa pun yang dipasangkan, akhirnya orang memilih supebike ini sebab rekabentuknya. Rekaannya memang sangat kemas, menarik dan sporty baik dari sudut manapun ia dilihat.

Google ads
Back to top button