
KENAPA RAMAI BIKERS SALAH PILIH MOTOR? BELI SUPERBIKE DAN AKHIRNYA JUAL LEPAS SEBULAN!
Kawasaki ZX10. Honda CBR 1000 Fireblade. Yamaha YZF- R1. BMW S1000RR. Aprilia RSV 4. Ducati Panigale. Suzuki GSX-R . MV agusta F4R.
Semua model model ni atau sewaktu dengannya sekategori memang jadi tumpuan dan ‘pujaan sirap’ bila dah namanya rider.
Kalau anda baru kali pertama nak masuk ke hobi dunia bigbike.
Anda dalam kategori tak pasti lagi style riding anda ke arah mana. Masih ‘blur’ fikir jentera apa yang sesuai.
Masih kurang tahu selok belok model model jentera Superbike 1 liter atau sewaktu denganya yang disebut diatas.
Tapi anda minat dengan jentera ni. Anda pasang niat nak melamar jentera ni dengan ilmu yang kurang cukup. Inshaallah.
Saya beri sedikit penerangan ringkas tentangnya….
Jentera dua roda yang paling sakit body position bila ride dengannya. Kena pulak kalau ride dalam trafik yang agak sesak.
Ride jauh pula memang macam macamlah ‘style’ rider lakukan atas jentera sebab nak hilangkan kesakitan terutamanya pada pinggang, pergelangan tangan paha kaki.
Jentera yang kurang mesra untuk pillion atau kata mudahnya langsung tak sesuai untuk bawa pembonceng.
Boleh jer bawa pillion. Bersedialah. Rider bertambah sakit. Pillion sudah tentu langsung tak selesa.
Sudah tu mengapa jentera ni dijual kepada umum?.
Tujuan utama siapa yang mahu miliki jentera ni adalah untuk ride meleper dan penggunaan di dalam trek untuk kelajuan.
Itu sahaja.
Jentera ni bukan untuk ride santai makan angin selesa nyaman. Jauh sekalilah nak bawa pillion. Bukan tuan tuan, Bukan.
Banyak kes yang saya tahu dan jumpa. Newbie beli kerana minat dan tengok motor lawa.
Kemudian pakai sekejap dan jual semula. Tak dapat jual pun terus terpaksa pakai sampai boleh let go.
Itu juga antara sebab rider rider leper yang berkemampuan dikurniakan rezeki lebih, mereka ada dua jentera.
Satu jentera tonggek sakit pinggang ni khas untuk santai leper dan Trackday. Sebiji lagi mesti Sport Tour, atau adventure Tour, atau Cafe racer, atau naked sport untuk jalan ride santai bersiar nyaman dekat atau jauh. Ramai juga dalam list kenalan leper saya ada dua kategori jentera.
Saya tulis ni kerana memang datang pertanyaan dari newbie-newbie yang baru nak masuk ke dunia bigbike yang tanya pada saya secara personal bila terjumpa atau pm inbox.
Ada tiga kategori rider yang beli dan ride dengan jentera superbike ni.
Pertama. Rider yang sememangnya kaki leper dan kaki trek. Mereka tahu tujuan mereka beli dan mereka amat tahu tentang fizikal semulajadi jentera ni.
Kedua. Rider yang kurang meleper atau tak meleper sangat. Mereka tahu jentera ni tak sesuai dengan tujuan mereka untuk ride santai makan angin jalan jalan. Tapi mereka sudah lama minat teramat sangat. Mereka tetap beli dan ride walaupun tak selesa. Janji mereka puas. Sakit tolak ketepi walaupun tak guna untuk tujuan sebenar.
Ketiga. Rider yang tak meleper. Rider jenis santai. Secara jujurnya, mereka tersilap beli. Mereka beli kerana sama diatas kapasiti peminat jentera supersport tonggek. Setelah mereka miliki. Mereka terasa menyesal. Ramai yang berusaha untuk jual semula dan beralih kepada jentera kategori yang sesuai untuk mereka.
Inshaallah. Tulisan ni hanya membantu buat newbie-newbie yang baru nak enter ke hobi bigbike.
Jika anda minat meleper. Jentera ni adalah jentera terbaik untuk memuaskan kepuasan meleper. Maka. Rider leper yang masih dalam kategori naked sport. Rugilah tak merasa yang ni. Racoonnn……🤪
Saya guna foto Panigaley ni sebab memang ni antara jentera impian saya semenjak dahulu kala….🤪🤪🤪🤪. Manatau satu hari nanti boleh meleper dengan si italian pulak. K bye🤣.
Safe ride.
Smooth lean.
Sillaturrahim rulleezzz.
KREDIT: ERWIN AFANDI