
CFMOTO NAIK TARAF 500SR VOOM DI CHINA – 83HP DENGAN RAM-AIR, 39NM
CFMOTO telah melaksanakan beberapa kemas kini terhadap 500SR VOOM di China termasuk memperkenalkan pilihan warna baharu.
Bagi tahun 2026, 500SR VOOM kini didatangkan dengan pilihan warna Bacheta Red dan Deep Space Grey menggantikan warna Zephyr Blue dan Nebula White.

Menurut CFMOTO, versi 2026 ini masih lagi menawarkan 77.8hp pada 12,500rpm dan 49Nm pada 10,000rpm dengan kuasa meningkat kepada 83hp dengan Ram-Air.
Bagaimanapun, CFMOTO memaklumkan bahawa enjin empat silinder itu kini telah diperingkat untuk mengurangkan gegaran dan bunyi mekanikal agar pengalaman menunggang lebih baik berbanding sebelum ini.

Perkara itu dicapai dengan mempertingkatkan camshaft dan klac sekaligus karakter enjin menjadi lebih optimum. Menariknya, CFMOTO turut mengemas kini pertukaran gear agar gear neutral lebih mudah diakses berbanding sebelum ini.
Sementara itu, perkakasan lain masih lagi dikekalkan termasuk fork USD 41mm, suspensi belakang jenis multi-link, ketingggian tempat duduk dan berat juga kekal 795mm dan 194kg.

Pakej elektronik juga tiada perubahan dengan ABS, traction control, slot USB Type-A dan Type-C, dua riding mode, ESS (emergency stop signal), dual channel ABS, quickshifter (usphift sahaja) dan klac assist/slipper.







