
DUCATI PERKENALKAN MULTISTRADA V4 S GRAND TOUR 2024 – TAMPIL ELEGAN, JANA 170HP
Ducati kini menawarkan varian baharu bagi model Multistrada V4 iaitu Multistrada V4 S Grand Tour 2024 yang tampil dinamik, agresif serta elegan.
Jentera ini dilengkapi dnegan sistem pencahayaan LED penuh, lampu bantuan LED, selain dimuatkan dengan ciri-ciri seperti fungsi pemanas pelana dan pemegang pendikit.
Perincian lain termasuklah didatangkan bersama skrin paparan TFT bersaiz 6.5 inci berwarna penuh dengan ketersambungan sistem navigasi pemetaan dan Ducati Connect, sistem pemantauan tekanan tayar, serta penutup tangki minyak bebas tangan.

Sementara, sistem Ducati Quick Shift (up/down), sistem pendikit Ride-by-Wire, sistem gantungan Ducati Skyhook, rim aloi saiz 19-inci atau 17-inci serta balutan tayar Pirelli Scorpion Trail II didatangkan sebagai standard.
Selain itu, ia juga dimuatkan dengan angkup Brembo M50 Stylema monobloc empat omboh dengan dua rotor 330mm, angkup Brembo dua omboh dengan rotor bersaiz 265mm.
Berikut adalah ciri bantuan elektronik yang terdapat pada Multistrada V4 S Grand Tour 2024:
- mod tunggangan (Sport, Touring, Urban, Enduro)
- Mod Kuasa
ABS Cornering - Ducati Traction Control
- Ducati Wheelie Control
- Ducati Cornering Light
- Ducati Brake Light
- Vehicle Hold Control
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Sistem Pengesanan Titik Buta (BSD)
Beralih kepada kuasa, Multistrada V4 S Grand Tour 2024 dijana oleh enjin Ducati V4 Granturismo 1,158cc, berupaya menghasilkan 170hp pada 10,500rpm dan tork 125Nm pada 8,750rpm.
Menurut Ducati, Multistrada V4 S Grand Tour 2024 akan tersedia bermula penghujung September ini dan hanya menawarkan liveri Grand Tour sahaja.
GALERI:






- BACA: DUCATI SCRAMBLER 2023 RASMI DILANCARKAN – TIGA VARIAN, 73HP, HARGA BERMULA RM62K
- BACA: DUCATI STREETFIGHTER V4 DENGAN SET EKZOS AKRAPROVIC, JIMAT 5.5KG!
- BACA: DUCATI TERUS BERINOVASI UNTUK PEMINAT, TIDAK MAHU KETINGGALAN
- BACA: DUCATI DESERTX 2023 KINI DENGAN LIVERI RR22 BAHARU, CIRI TEKNIKAL MASIH SAMA, HARGA BERMULA RM115K

