
DUCATI SCRAMBLER 2023 RASMI DILANCARKAN – TIGA VARIAN, 73HP, HARGA BERMULA RM62K
Ducati Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan generasi baharu bagi model Ducati Scrambler 2023.
Didatangkan dalam tiga varian – Icon, Full Throttle dan Nightshift, jentera berkenaan tiba dengan rekaan baru yang lebih elegan.
Peningkatan baharu dimaksudkan termasuklah menggunakan lampu hadapan serta lampu belakang LED penuh, DRL LED, tangki berkapasiti 13.5 liter, panel tepi serta rim bersaiz 18-inci di hadapan manakala belakang pula diserlah rim 17-inci.

Menerusi casis serba baharu, ia sekali gus membolehkan Scrambler generasi baharu ini mempunyai berat 4kg lebih ringan berbanding sebelum ini.
Scrambler generasi baharu ini juga menerima skrin TFT 4.3-inci berwarna penuh tetapi untuk sistem ketersambungan telefon pintar, ia didatangkan sebagai pilihan tambahan. Perincian lain termasuklah adanya sistem ride-by-wire.
Melalui sistem ride-by-wire, ia menawarkan dua mod tunggangan (Road/Wet), kawalan cengkaman, Cornering ABS serta quickshifter.
Untuk makluman, quickshifter didatangkan standard untuk varian Full Throttle tetapi untuk Icon serta Nightshift, ia ditawarkan sebagai pilihan tambahan.
Kelengkapan lain bagi ketiga-ketiga versi ini adalah:
- Fork hadapan USD 41mm Kayaba
- Monoshock Kayaba dengan pelarasan pra beban
- Brek cakera tunggal 330mm bersama angkup empat piston di hadapan
- Cakera 245 mm dengan angkup satu piston di belakang
Dari segi kuasa, ia dipacu oleh enjin Desmodue dua silinder L 803cc penyejukan udara, menghasilkan 73hp pada 8,250mm, 65.2Nm tork pada 7,000rpm dan dipadankan bersama transmisi enam kelajuan.
Perincian harga adalah seperti berikut:
- Icon: RM62,900
- Nightshift: RM69,000
- Full Throttle: RM69,900
GALERI:
























- BACA: DUCATI STREETFIGHTER V4 DENGAN SET EKZOS AKRAPROVIC, JIMAT 5.5KG!
- BACA: DUCATI TERUS BERINOVASI UNTUK PEMINAT, TIDAK MAHU KETINGGALAN
- BACA: DUCATI DESERTX 2023 KINI DENGAN LIVERI RR22 BAHARU, CIRI TEKNIKAL MASIH SAMA, HARGA BERMULA RM115K
- BACA: DUCATI PANIGALE V2 BLACK ON BLACK LIVERY, BAWA IMEJ MISTERI DAN BERGAYA