Artikel Pilihan

HONDA SUSTAINA-C – HONDA CITY KONSEP DENGAN HONDA POCKET SEKALI!

Tokyo Motor Show menjelang tiba dan Honda bakal membuka tirai dengan model konsep retro-moden mereka yang dinamakan Sustaina-C. Nama macam produk vitamin kat farmasi kan? Tapi sekali tengok dah nampak sangat yang ianya diilhamkan dari model Honda City asal. Menariknya ia turut disertakan sekali dengan sebuah skuter kecil baharu yang dinamakan Honda Pocket!

Banyak sangat persamaan Sustaina-C dengan City asal sebenarnya. Lampu depan bulat dengan gril lurus memanjang, bampar hitam besar depan memang retro habis. Cuma kali ini rekaan bampar lagi menarik sebab disekalikan dengan pelindung arca roda sepenuhnya.

Pelindung sisi pintu lebih kepada lakaran grafik manakala lakaran grafik di bahagian atas bonet hadapan mengimbau kembali bonet asal City Turbo II satu ketika dahulu.

Kalau Honda City asal dahulu mempunyai motosikal lipat yang dipanggil Motocompo, Sustaina-C ini turut mempunyai kembar skuternya yang diberi nama Honda Pocket (tapi tak muat letak dalama poket okey). Maklumat lanjut tidak disertakan. Kami pun tak pasti Honda Pocket ni boleh lipat ke tidak.

Tokyo Motor Show telah dijenamakan semula selepas dibatalkan ekoran wabak pandemik. Kini ia bakal dikenali dengan nama Tokyo Mobility Show dan sudah tentu ia akan lebih fokus kepada kenderaan masa akan dating jadi dah tentu la Sustaina-C dan Pocket ini berkuasa elektrik. Keduanya juga dihasilkan daripada resin akrilik yang boleh dikitar semula.

Mungkin keduanya tidak akan memasuki fasa produksi tetapi Honda menggunakan rekaan hot hatch popular mereka untuk menarik perhatuan pengunjung tak semestinya ia strategi yang menarik.

Google ads
Back to top button