Buletin

EDISI TERAKHIR PAGANI HUAYRA II ULTIMO – DIILHAMKAN OLEH LEWIS HAMILTON – PETRONAS

Tanpa sedar, ia sudah di penghujung usia. Rasanya baru semalam sahaja Huayra ni diperkenalkan tapi rupanya kereta sukan hyper ini sudah memasuki usian tujuh tahun.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai pengganti Zonda, Pagani Huayra telah dihadkan kepada hanya 100 uni- dan ini adalah model terakhir.

Ia dinamakan Huayra Il Ultimo, dalam bahasa Itali bermaksud  “yang terakhir”.

Huayra Coupe diilhamkan dari livery pemandu F1 Lewis Hamilton menerusi kereta Mercedes-AMG . Reka bentuk yang dihasilkan adalah halus dan tersendiri.

Selepas lapan bulan dibangunkan, Ultimo II telah siap dan baru-baru ini dihantar kepada pemilik baru: David Brett, Ketua Pegawai Eksekutif Import Prestige di Miami, Amerika Syarikat.

Menurut duPontRegistry, David bekerja rapat dengan Pagani semasa pembangunan kereta ini bahkan diberikan akses langsung ke kilang Pagani di San Cesario, Itali, membolehkan beliau melihat kereta dalam bentuk 3D . Pagani juga menggunakan teknologi ini untuk membolehkan pelanggan menyesuaikan kereta mereka mengikut selera masing-masing.

Seperti standard Huayra Coupe, Ultimo dikuasakan oleh enjin V12 6.0-liter AMG yang membekalkan  789 hp dan tork 811 lb-ft.

Rekabentuk kenderaan ini pula pada dasarnya mengadaptasi unsur-unsur dari model Huayra khas seperti BC dan Tempesta. Ia mempunyai splitter hadapan, panel, skirt sisi dan spoiler belakang Tempesta serta hud udara.

Sayap belakang dibina lebih lebar lebar dengan penggunaan gentian karbon yang terdedah dengan aksen berwarna hijau Petronas yang diilhamkan oleh lumba Lewis Hamilton.

Di bahagian kabin aura yang sama telah digunakan untuk panel pintu, panel tengah dan lantai. Ia kemudiannya dikontraskan dengan kerusi kulit berkulit putih.

GALERI

 

 
Tags
Google ads
Back to top button