NISSAN SKYLINE GT-R R34 CURI BERJAYA DISELAMATKAN – NYARIS KENA HANTAR SEBERANG LAUT
Ia kisah sebuah Nissan Skyline R34 GT-R di Jepun yang pernah dikaitkan dengan juara Formula Satu, Lewis Hamilton sedikit masa dahulu. Ia dilaporkan telah dicuri dan berjaya diselamatkan pada saat akhir sebelum berjaya di seludup keluar dari negara matahri terbit itu.
R34 berwarna putih itu merupakan milik Omoshiro Rent-A-Car yang sebelum ini menjadi tular kerana pernah disewa oleh Lewis Hamilton sewaktu GP Jepun 2022. Hamilton telah memuatnaik aksi beliau melakukan donat dengan kereta tersebut sehingga asap keluar dari celah penutp tombol gear.
Sebaik video tersebut tular, pihak syarikat kereta tersebut tidak begitu gembira kerana aksi dilakukan Hamilton mungkin akan merosakkan sistem pacuan semua roda ATTESA ET-S. Malah juga terpaksa menukar sistem accumulator kereta tersebut pada bulan yang sama. Naya wei kalau kena kat kita sendiri pun. Dah la kereta sewa.
Kereta tersebut dilaporkan dicuri pada 31 Januari lepas namun tidak dapat dipastikan bagaimana ianya berlaku. Ia dikesan dipandu dengan melulu tapi menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Isnin lepas, ia telah dikesan di pelabuhan Yokohama bila ejen kastam melakukan pemeriksaan terhadap kontena. Semakan mendapati terdapat keraguan pada sijil pemilikan kenderaan.
Siasatan lanjut mendapati kereta tersebut memang dicuri untuk dieksport. Maklumkan R34 GT-R ni merupakan antara kereta buatan Jepun paling berharga pernah dihasilkan. Maaflah pemilik-pemilik GTR baharu, ini memang hakikat. Barang lama lagi berharga dari barang baharu.
Harganya? Toksah cerita la. Ada yang mencecah RM500k dan ada juga varian edisi terhad yang mencecah jutaan RM. Kereta dengan sejarah seperti ini sudah tentu akan mempunyai nilai yang agak tinggi.
Kini ia dikembalikan kepada Omoshiro. Mereka menyatakan terdapat beberapa peralatan yang hilang dan terpaksa dibaikpulih. Rasa-rasanya mestilah peralatan aftermarket yang rare dan komponen OEM yang sudah tidak dikeluarkan lagi. Nasib baik enjin ada lagi. Jangan bimbang sebab selepas ini ia boleh disewa kembali jika anda berkunjung ke Jepun. Cuma kali ini sudah tentu ua akan dipasang dengan pengesan GPS yang serba canggih.