Motosikal

EICMA 2016: BMW HP4 RACE – KARBON, KARBON DAN KARBON!

Sebelum kehadiran S1000RR, BMW Motorrad bukanlah siapa-siapa pun dalam arena sportbike. Namun sportbike enjin 4 selinder sebaris ini telah menukar pandangan awam pembuat motosikal adventur R1200GS kepada model superbike laju, maksud kami sangat laju.

BMW Motorrad juga pernah memperkenalkan varian tertingginya dalam edisi terhad yang dikenali dengan HP4.

EICMA 2916 : HONDA CRF250 “AFRICA TWIN”

EICMA 2016 : DUCATI MONSTER 797

EICMA 2016 : YAMAHA YZF-R6 EDISI PERLUMBAAN

EICMA 2016 : KAWASAKI VERSYS 250/30

HP4 diangkat dari model asal S1000RR menerusi 2 kategori lain iaitu HP4 dan HP4 Competition yang identikal dengan roda Marchesini M7RS. Ia ditambah lagi dengan sistem suspensi aktif DDC dan dengan tema kosmetik – KARBON (tetapi tidaklah sebanyak yang ini).

eicma-bmw-hp4-race-4

Dalam pameran EICMA, “Ratu” sportbike yang sudah tentulah Ducati Superleggera 1299 Edisi Terhad itu. Tapi BMW juga tidak mahu ketinggalan, mereka perkenalkan versi HP4 RACE, varian tertinggi HP4 selepas Competition.

Ia tentang karbon. Penggunaan gentian karbon menyelimuti hampir 90 peratus pada pembinaan keseluruhan motosikal yang diasaskan dari S1000RR ini. Menurut BMW Motorrad, ia adalah model khas yang akan dikeluarkan dalam kuantiti terhad pada pertengahan tahun hadapan. Matlamat utamanya jelas, diet untuk pengurangan berat yang ekstensif.

EICMA 2016: HONDA RETRO CB1100 TR

EICMA 2016: DUCATI MONSTER 797

EICMA 2016:: KTM DUKE 790 PROTOTYPE

EICMA 2016:: BMW GS310, GS TERMURAH

Tiada spesifikasi rasmi yang diumumkan, namun berdasarkan foto, ia jelas menampilkan penggunaan kerangka asas karbon, roda depan dan belakang dan juga keseluruhan binaan badan. Yang tidak karbon cuma tinggal tangki minyak dan lengan ayun belakang.

HP4 RACE ini dipasangkan dengan ekzos Akraporvic manifold titanium, paip Y dan peredam bunyi karbon. Peralatan elektronik, pengendalian dan suspensi dijangka akan mengekalkan spesfikasi HP4 namun tidak diketahui samada ia model homolagasi perlumbaan atau jalanan kerana ia tidak ada lampu hadapan dan belakang, isyarat membelok dan cermin sisi.

Mungkin baru di peringkat konsep kami rasa.

 

 

eicma-bmw-hp4-race-7 eicma-bmw-hp4-race-6 eicma-bmw-hp4-race-5 eicma-bmw-hp4-race-3 eicma-bmw-hp4-race-1

Google ads
Back to top button