Motosikal

EICMA 2016: SUZUKI DL250 MINI V-STORM

Tanpa ribut tanpa kilat tanpa puting beliung, tiba-tiba kita dihidangkan dengan motosikal adventur “kecil” yang banyak pada tahun ini. Sejak kehadiran konsep BMW GS310 nampaknya semua pengeluar utama berlumba-lumba merebut pasaran ini.

Kawasaki tak nak berselindung lagi. Sebagai pengeluar motosikal kembara yang popular-Versys, mereka menayangkan varian terbaru Versys X-300/250. Memang nampak “real” dengan rim jejari dan tayar offroad.

suzuki-v-strom-dl250-1

Suzuki menjawab dengan mini V-Strom di pameran motor EICMAyang dikenali dengan nama DL250 V-Storm. Model ini berkongsi enjin dengan GW250, enjin 2 selinder sebaris dengan 25 kuasa kuada dan 17 paun tork.

Suzuki mendakwa enjin ini telah ditala secara optimum untuk disesuaikan dengan karekter touring DL250. Ia dilengkapi dengan sistem ABS dan kedudukan pelana 31 inci, cukup sesuai untuk penunggang amatur mahupun profesional.

EICMA 2916 : HONDA CRF250 “AFRICA TWIN”

EICMA 2016 : DUCATI MONSTER 797

EICMA 2016 : YAMAHA YZF-R6 EDISI PERLUMBAAN

Apakah masa depan motosikal adventur begini? Adakah pasaran jika dibawa masuk ke pasaran Malaysia?

Kami secara peribadi melihat ia adalah potensi yang sangat besar. Motosikal kembara sudah jadi satu gaya hidup bagi penggemar konvoi dan jarak jauh ataupun yang gila offroad. Lihat sahaja model KTNs RS3 yang popular, ia juga motosikal harian yang popular.

Harga berpatutannya, boleh diharap dan pakejnya lengkap dengan kotak simpanan barang dan boleh bergaya dengan lencana BMW.

suzuki-v-strom-dl250-5

Pernah juga kami berbual dengan pengikut overlander (rentas negeri) yang mana sebenarnya kelajuan bukanlah keutamaan. Mereka merentas negara dan benua dan pada kebanyakan masanya BMW R1200GS hanya lah beban bila masuk ke jalan kampung yang sempit di Laos.

EICMA 2016: HONDA RETRO CB1100 TR

EICMA 2016: DUCATI MONSTER 797

EICMA 2016:: KTM DUKE 790 PROTOTYPE

Bagus kalau ada touring adventur kecil yang lebih senang dikendali.

Suzuki Assemblers Malaysia macamana? Tak nak bawak masuk ke?

Suzuki-V-Strom-250-Concept-mekanika (3)

Google ads
Back to top button