Motosikal

EICMA 2016: HONDA CB1100 TR – KONSEP RETRO MODEN YANG MEMUKAU

Selain daripada model produksi, prototaip dan konsep awal sebelum produksi, pameran motor EICMA juga menampilkan banyak model konsep terpilih yang menarik. Dari pentas Honda, mereka menampilkan Konsep Honda CB1100 TR. Gaya retro moden yang dikenakan pada CB1100 ini memang sangat-sangat-sangat menyentuh memori. Seperti yang diketahui, CB1100 adalah motosikal 4 selinder selari terawal yang ikonik dan bersejarah. Selain daripada berat, gagah dengan otot-otot yang terkeluar, CB1100 dengan tema perlumbaan begini pastinya mengimbau sejarah litar pada era 70-an.

EICMA 2016 : DUCATI 1299 SUPERLEGGERA

EICMA 2916 : KTM PROJECT DUKE 125

EICMA 2016 : HONDA X-ADV ADVENTURE

EICMA 2016 : YAMAHA YZF-R6 EDISI PERLUMBAAN

EICMA 2016 : KAWASAKI VERSYS 250/300

Ia jelas hanya konsep. Honda seperti hendak “memancing” peminat motosikal mendekati model retro moden begini untuk tatapan generasi baru.

CB1100TR Concept

Bagi melahirkan konsep retro-moden perlumbaan, Honda memasang beberapa komponen yang menarik pada CB1100 ini. Ia menggunakan suspensi OHLINS jenis USD untuk bahagian hadapan dan belakang yang boleh dilaras, brek Brembo berkembar di hadapan, ekzos Termignoni dan tayar slick perlumbaan.

Adakah model konsep ini akan ke bahagian produksi?

Kami tidak fikir ia akan dilakukan kerana barisan produk begini sukar untuk mendapat volum jualan yang besar tetapi kalau ditanya dari sudut nostalgia, Honda WAJIB buat.

Sekurang-kurangnya untuk pengumpul dan mereka yang ingin mengenang kembali zaman emas motosikal tanpa elektronik, tanpa batasan emisi, tanpa undang-undang keselamatan dan tanpa gajet. Hanya enjin, rantai dan tayar.

eicma-honda-cb1100-tr-concept-6 eicma-honda-cb1100-tr-concept-5 eicma-honda-cb1100-tr-concept-4 eicma-honda-cb1100-tr-concept-1

Google ads
Back to top button