Buletin

JANJI TRUMP PADA SEKTOR AUTOMOTIF YANG TAK MASUK AKAL

Kebelakangan ini orang masih memperkatakan tentang kemenangan jutawan Donald Trump sebagai Presiden Amerika menewaskan Hillary Clinton. Ia kemenangan yang ramai tak jangkakan tetapi itulah realitinya dalam sistem demokrasi.

Jadi apa impaknya terhadap industri automotif?. Trump dikenali sebagai seorang ahli perniagaan idealis yang sering melontarkan idea nasionalis. Tak dinafikan, idea kebangsaan (atau rasis) itulah yang menyumbang pada kemenangan beliau.

SPESIFIKASI AMERIKA: TUNDRA VS HILUX

CIVIC HATCHBACK UNTUK PASARAN AMERIKA

IKON AMERIKA: FORD MUSTANG

Sewaktu kempen pilihanraya,  beliau kerap kali mengulangi pendirian untuk menjadikan Amerika kembali gemilang. Beliau menjadi sangat rasis dengan mengulangi pendirian mengutamakan kaum kulit putih dan warga Amerika.

Beliau berkata apa sahaja untuk meraih undi dan salah satunya dalam satu temuramah bersama Detroit News dalam pandangannya tentang polisi automotif Amerika Syarikat.

Trump berazam akan membawa pulang pelaburan automotif yang berhijarah ke Mexico jika beliau dilantik menjadi presiden. Beliau secara berterus-terang tidak gembira dengan langkah Ford Motor yang melabur sebanyak USD 2.5 billion dolar yang didakwa bukan sahaja menyebabkan pengaliran keluar dana malah menyebabkan lebih ramai warga Amerika menganggur.

Ia seperti ibaratkan Proton atau Perodua berpindah ke kilang di Thailand. Trump berjanji akan menghentikan sebarang pelaburan automotif ke Mexico dan salah satu caranya ialah mengenakan duti import yang tinggi bagi kenderaan yang dibawa masuk dari Mexico.

CHEVROLET COLORADO UNTUK TENTERA AMERIKA 

MASA DEPAN HARLEY DAVIDSON YANG SEMAKIN KELAM

PAMERAN SEMA USA: FORD MAVERICK “HAN” FAST & FURIOUS

Meskipun tertakluk kepada perjanjian NAFTA (North American Free Trade Agreement) bersama Mexico, Trump dalam temuramah tersebut berjanji akan mengkaji semula perjanjian tersebut. Beliau menegaskan ia perjanjian yang merugikan ekonomi Amerika Syarikat dan berazam untuk mengenakan cukai setinggi 35 peratus kepada kereta yang diimport dari Mexico.

Apapun itulah politik, janji memang enak dilafaz tapi cuba lihat kembali janji Obama sewaktu mengambilalih jawatan presiden Amerika dulu. Katanya nak tutup kem di Guantanamo dan membawa kembali tentera Amerika dari Iraq, sekarang apa jadi?

 

 

Google ads
Back to top button