
Ingat BMW G310R yang dilancarkan bulan lepas yang menerima sambutan menggila? Ya. sewaktu dilancar dan diumumkan secara rasmi oleh BMW Motorrad Malaysia, ia terus habis pada hari pertama dilancarkan.
Kami juga terjumpa iklan jualan G310R di laman jualbeli dengan harga merapu. Seperti biasa, ia motosikal dengan permintaan yang tinggi. Mungkin kerana di bawah lencana BMW dan pada harga RM27K sebuah, ia jadi BMW termurah yang pernah mereka hasilkan.
Uniknya, ia bukanlah BMW sepenuhnya. G310R berkongsi platform dengan pembuat asalnya TVS Motor Company dari India.
Semalam, TVS menerima melancarkan satu lagi model dari platform sama. Ini dia TVS Apache RR310S. Versi sportbike entry level ini bersaing dalam liga 300cc di India yang terdiri daripada KTM RC390, Benelli 302R, Kawasaki Ninja 250 dan Yamaha R3 (R25).
Dari segi rekabentuk, memang cukup cantik. TVS berjaya menghasilkan rekaan moden sporty pada sebuah sportbike kecil dengan segala ciri rekaan superbike dipadankan padanya.
Ia menggunakan kerangka trellis dengan padanan roda bersaiz 110/70-17 di depan dan 150/60-17 di belakang. Gugusan lampu hadapan dan belakangnya menggunakan LED sepenuhnya. Bentangan instrumentasi juga direka dengan paparan digital penuh.
BACA: R310R – BMW PALING MURAH! RM26K SAHAJA!
Ia menggunakan suspensi berkualiti daripada Kayaba dan brek dari Bybre. Lengan ayun belakangnya direka dengan bahan aluminium tempa menjadikannya cukup kukuh dan terbaik dalam kelasnya.
TVS Apache RR310 dikuasakan enjin yang sama dengan G310 versi naked BMW.
Sportbike kecil ini digerakkan oleh enjin silinder tunggal dengan penyejukan cecair, empat injap, dua overhead camshaft dan pancitan bahan elektronik bersesaran 313cc, ia menjanjikan prestasi dinamik dan selesa. Sama ada ketika ditunggang di bandar atau laluan lebuhraya.
Dengan output kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm pada 7,500rpm, enjin Apache RR310 memang cukup berkuasa apabila dipadankan dengan jentera seberat 169 kilogram itu. Apache RR310 menggunakan suspensi fork jenis upside-down di hadapan dan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung di belakang.
Roda hadapan dipasang dengan brek cakera tunggal bersama angkup empat omboh dan cakera brek berdiameter 300mm. Pada roda belakang, fungsi ini disempurnakan oleh angkup terapung 2 omboh bersama cakera brek bersaiz 240 milimeter.
Jadi. Adakah ini akan jadi “BMW seterusnya?”
Mengambilkira sambutan BMW G310R, tidak mustahil, ia akan jadi sportbike BMW terkecil untuk masa akan datang.
Buat masa ini, BMW cuma ada satu sahaja model sportbike iaitu BMW S1000RR, sedangkan mereka masih ada model-model naked yang kecil seperti 310 dan F800R.
Jadi, inilah kemungkinan paling hampir untuk memiliki sportbike BMW paling mampu milik.
GALERI
[ngg_images source=”galleries” container_ids=”136″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]