EICMA 2016 : PROTOTAIP KTM DUKE 790
KTM memang suka gunakan aksara 90. Tengok sahaja pada rangkaian Duke dan Adventure 390, 690, 1090 dan 1190. Selain memperkenalkan KTM terkecil, DUKE 125, pembuat motosikal dari Austria ini juga mempamerkan satu lagi konsep yang menarik perhatian di pameran motosikal EICMA, Itali – Duke 790.
Adakah ia akan menggantikan Duke 690? Tidak.
Ini adalah kelas baru bagi kategori 800cc yang cuba diterokai KTM. Ia dibangunkan bersama syarikat induk mereka Husqvarna. Duke 790 direka bagi memenuhi keperluan motosikal naked kelas middleweight.
EICMA 2016 : DUCATI 1299 SUPERLEGGERA
EICMA 2916 : YAMAHA T-MAX 2017
EICMA 2016 : DUCATI MONSTER 797
EICMA 2016 : YAMAHA YZF-R6 EDISI PERLUMBAAN
EICMA 2016 : KAWASAKI VERSYS 250/300
Ia dikuasakan oleh enjin LC8c yang merupakan kelas pertama bagi 800cc dalam diari KTM. Tidak ada spesifikasi lengkap didedahkan tetapi ramai percaya ia akan ditingkatkan dari spesifikasi 690 dan berada di bawah profil 1090.
Ia dijangka akan diserapkan dengan teknologi terbaru KTM dalam rangkaian terkini seperti ride-by-wire, seleksi mod tunggangan, kawalan traksi dan berkemungkinan besar akan dipasangkan dengan quickshifter.
Berada pada fasa konsep peringkat akhir, model ini akan dibangunkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Ia dijangka akan menemui pasaran pada awal tahun 2018.