EICMA 2016 : BMW 310GS, LAGENDA GS LEBIH KECIL, LEBIH MURAH!
Apakah motosikal kembara/adventur/touring/overlander yang paling anda idamkan? Mungkin lebih separuh penduduk bumi akan menjawab – BMW R1200GS.
BMW 1200GS atau disebut sebagai BMW GS adalah motosikal kembara yang menjadi penanda aras bagi kebanyakan jenis touring yang dihasilkan hari ini. Bermula pada pertengahan 90-an, BMW Motorrad akui ia motosikal mereka yang paling laris dan paling ikonik.
EICMA 2016 : DUCATI 1299 SUPERLEGGERA
EICMA 2916 : KTM PROJECT DUKE 125
EICMA 2016 : HONDA X-ADV ADVENTURE
EICMA 2016 : YAMAHA YZF-R6 EDISI PERLUMBAAN
EICMA 2016 : KAWASAKI VERSYS 250/300
Ironinya, BMW juga pernah dan turut mengeluarkan F650GS, 700GS dan terkini 800GS. Tetapi yang disebut orang tetap BMW GS dan membayangkan enjin boxer R1200GS.
Mahal? Betul. Tetapi dengan pasaran motosikal adventur yang semakin berkembang, BMW telah mengambil keputusan membuat versi m pada rangkaian terbaru mereka 310GS. Kami juga pernah menyiarkan spyshot 310GS ini bulan lepas yang sedang diuji di Eropah.
Hari ini, ia dilancarkan secara rasmi di EICMA Milan, Itali. Sudah tentu ia menjadi motosikal idaman bagi peminat kembara dan juga BMW khususnya. Motosikal yang dibangunkan bersama rakan strategik BMW, TVS di India ini juga akan menjadi “BMW pertama” bagi pembeli touring yang selama ini mempunyai pilihan terhad untuk model premium keluaran BMW Motorrad.
310GS dipasangkan dengan enjin 1 selinder 313 ss, DOHC dengan output kuasa 34hp dan 28Nm tork. Ia dipacu transmisi 6 kelajuan dengan berat bersih keseluruhan 170kg. Brek anti kekunci (ABS) didatangkan sebagai peralatan standard.
Berbeza dengan G310R naked, 310GS dipadankan dengan suspensi hadapan 41mm lebih panjang dengan jarak akses 49mm, sesuai dengan karekternya sebagai motosikal touring. Rodanya juga menggunakan saiz lebih besar, 19 inci di depan dan 17 inci di belakang. Saiz sebenar sebuah motosikal adventur.
Motosikal ini didatangkan dengan pilihan warna Cosmic Black, Racing Red dan Pearl White. Seperti juga anda, kami sangat berharap BMW Motorrad Malaysia dapat membawa masuk model ini. Cuma kita terpaksa menunggu lama kerana G310R pun masih belum dilancarkan secara rasmi meskipun telah dipamerkan dalam beberapa roadshow sejak awal tahun ini.