EICMA 2016 : SKUTER ADVENTUR HONDA X-ADV
Ini bukanlah baru sepenuhnya, Honda X-ADV ini telah dipamerkan di pameran EICMA tahun lepas dan kini memasuki fasa akhir sebelum pengeluaran. Ia akan jadi model produksi penuh – yang aneh.
Maksud kami, skuter dengan konsep adventur? Betul ke ni?
Ya. Honda menerusi divisyen pembangunan mereka di Itali telah merekabentuk skuter Integra 700 dengan konsep touring adventur. Tayar enduro, titik graviti yang ditinggikan sehingga 820mm dan mengekalkan ciri transmisi unik mereka – DCT.
EICMA 2016 : DUCATI 1299 SUPERLEGGERA
EICMA 2916 : KTM PROJECT DUKE 125
EICMA 2016 : DUCATI MONSTER 797
EICMA 2016 : YAMAHA YZF-R6 EDISI PERLUMBAAN
EICMA 2016 : KAWASAKI VERSYS 250/300
Namun sampai hari ini pun masih ramai yang skeptik kerana dengan roda depan 17 inci dan belakang 15 inci, ia bukanlah spesifikasi asas sebuah motosikal adventur yang anda harapkan. Tapi, Honda yakin mereka akan mendapat pasarannya – pasaran yang tidak ada pengeluar lain buat, skuter-maxi offroad. Betul juga kan?
X-ADV ini seberat 238kg dengan kuasa 54hp dari enjin selinder berkembar 745cc NC700. Antara ciri pentingnya yang lain ialah ruang barangan di bawah pelananya berkapasiti 21 liter, bar hendal pada ketinggian 910mm dan penghadang angin boleh laras 5 kedudukan.
Bagi menyerlahkan lagi imej adventur itu, X-ADV ini dilengkapi penghadang hendal ala Africa Twin, bar hendal aluminium, meter instrumentasi ala rali dan tongkat tengah. Ia juga dibekalkan dengan sistem tanpa kunci (keyless)
Stailo!