
Kalau bercakap tentang skuter maxi, maka nama T-Max biasanya akan berada di depan. Yamaha T-Max adalah maxi yang paling berjaya di dunia malah selepas enam generasi dikeluarkan, skuter ini masih merupakan skuter terlaris di Eropah sejak dua dekad yang lalu.
Sejak 2001, hampir 300,000 unit T-Max telah terjual di Eropah menjadikannya salah satu model Yamaha paling berjaya di pasaran.
Bagi meraikan model generasi ketujuh, T-Max telah diperbaharui dengan kenaikan sesaran enjin dari 530cc kepada 560cc. Ia masih lagi dikuasakan enjin dua selinder sama namun menghasilkan lebih 3.5 peratus kuasa berbanding sebelumnya.
Sepertimana pengeluar lain pada tahun ini yang “mengejar” tarkh akhir perlaksanaan piawaian Euro 5 tahun depan, enjin T-Max ini juga telah ditala semula supaya dapat menepati standard terbaru yang lebih ketat tersebut.
T-Max 2020 ini masih mengekalkan rupabentuk estetiknya yang unik. Meskipun nampak sama, Yamaha mendakwa setiap panel bahagian badan model 560cc ini adalah baru sepenuhnya, kecuali fairing.
Lampu hadapannya didatangkan dengan flasher LED sementara lampu belakang kini dengan rekabentuk “T” untuk membezakannya dengan model semasa.

Pengendaliannya telah ditingkatkan menerusi CVT baharu dan bunyi enjin telah dihasilkan oleh divisi Yamaha Kanno Hyoka.
Turut didatangkan pada kali ini ialah beberapa opsyen kepada pembeli seperti fork berwarna emas, pilihan kit seperti pelaras skrin hadapan kawalan elektrik, cruise control, pemanas grip, suspensi bolehlaras di belakang dan sambungan interaktif MyTMAX.
Model ini akan dipasarkan pada Disember nanti dan harganya akan diumumkan tidak lama lagi.
- BACA: EICMA 2019: YAMAHA TRACER YANG PELIK
- BACA: EICMA 2019: SUZUKI V-STROM 1050
- BACA: EICMA 2019: APRILIA RS660 CUMA 168KG!
- BACA: EICMA 2019: MOTOR MARQUEZ VERSI JALANAN
GALERI