" "
BuletinMotosikal

EICMA 2019: KEMUNCULAN PERTAMA APRILIA RS660. CUMA 168KG!

Pasaran motosikal sportbike kelas middleweight sebenarnya sudah semakin mengecil. Honda sudah menghentikan pengeluaran CBR600cc, Suzuki, yang satu ketika dahulu ada 600cc dan 750cc GSX-R kini sudah mengubah haluan. Pemain utama dalam industri seperti BMW S1000RR tidak membangunkan kelas sportbike sederhana. Begitu juga Ducati.

Namun jenama mainstream seperti Yamaha (R6) Kawasaki (ZX6) masih lagi mengeluarkan sportbike kelas pertengahan. Terbaru, Aprilia mendedahkan RS660, sportbike terbaru, tapi maaf, bukan enjin  V4 sebaliknya enjin dua selinder sebaris.

Aprilia mendedahkan beberapa pandangan tentang RS 660 ini. Ia direka untuk generasi baru yang ingin memenuhi keperluan “di jalanan dan juga pada perlumbaan di litar.”

”RS 660 adalah pilihan yang mungkin sesuai untuk penunggang muda dengan saiz enjin yang lebih kecil. Ia lebih mudah dikendalikan tanpa mengabaikan potensinya bertarung di litar, “kata Aprilia.

Selain RSV4, penggunaan RS pada jenama Aprilia lazimnya digunakan pada cc yang lebih kecil – terutamanya RS250 yang dibina dari 1995-2005.

Aprilia berkata, nadi penggerak 660 ini adalah enjin dua selinder sebaris yang diperolehi daripada mesin 1100cc Tuono 1100.

“konfigurasi ini dipilih untuk kecekapan prestasi yang jitu, tahap keluaran haba yang sangat rendah dan memberi kebebasan kepada pereka untuk membuat bingkai dan sistem gantungan yang ramping dan ringan.”

Enjin itu dipasangkan pada bingkai aluminium dan lengan ayun belakang yang membantu menurunkan berat badan. Enjin itu juga bertindak sebagai bingkai – konsep yang sama dibina pada RSV4.

Antara ciri menarik pada jentera terbaru Aprilia ini ialah

  • Lima mod tunggangan
  • Cornering ABS
  • Traction control
  • Wheelie control bersama brek enjin
  • Quickshifter
  • Berat (kering) hanya 168kg
  • Aluminium frame
  • Aluminiumswingarm
  • Suspensi depan Kayaba 41mm boleh laras
  • cruise control
  • Brek Brembo
  • Lampu depan LED dengan DRL
  • dashboard dengan p aparan TFT 5 inci dengan sistem multimedia

Aprilia berkata sasaran RS 660 adalah “menjadikan Aprilia sebagai pemain utama dalam segmen pasaran yang strategik di Eropah, Asia dan pasaran Amerika”

GALERI

Google ads
Back to top button