Motosikal

EICMA 2019: HONDA CBR1000RR 2020. MOTOR MARQUEZ VERSI JALANAN!

Honda hari ini memperkenalkan model superbike CBR1000RR-R dan SP pada acara pameran motosikal terbesar dunia, EICMA 2019.

Dilengkapi winglet, chasis dan enjin yang diinspirasikan daripada jentera MotoGP RC213V, & CBR1000RR-R menjadi model Fireblade yang paling canggih serta fokus kepada trek pernah dihasilkan oleh Honda dan HRC setakat ini.

Motosikal itu menggunakan enjin empat selinder sebaris yang mematuhi piawaian Euro5. Ia turut dipasang dengan komponen daripada HRC, selain mempunyai gerek dan lejang yang sama seperti RC213V.

Dengan rangkain gear semi-cam, rocker-arm, con-rod aluminium, teknologi pengurangan geseran dalaman RC213V dan pinton jet, Honda sememangnya bukan main-main dengan aspek prestasi motosikal ini.

Hasilnya, ia mampu menjana kuasa 214hp pada 14,500rpm dan tork 113Nm. Ini sekali gus menempatkan Fireblad ke dalam kelab jentera berkuasa lebih 200hp. Akhirnya…

Jentera ini turut didatangkan dengan pakej aerodinamik yang diinspirasikan dari jentera perlumbaan MotoGP mereka RC213V. Dalam video promosi yang ditunggang Marc Marquez, beliau memberitahu bahawa winglet yang dipasangkan pada jentera ini sebagai “sukar dipercayai”

Honda juga memperkenalkan varian SP yang didatangkan dengan set suspensi hadapan Öhlins EC 43mm NPX dan Öhlins TTX36 Smart-EC di belakang. Turut serta ialah set brek empat omboh Brembo Stylema kaliper radial di hadapan dan Brembo monoblok, sama seperti yang dipasangkan pada RC213V.

Kedua-dua varian Fireblade baru ini didatangkan dengan Bosch six-axis IMU, dan juga set lengkap ekzos titanium Akrapovič. Additionallysebagai tambahan, kedua-duanya didatangkan dengan dua pilihan warna: Grand Prix Red (liveri HRC) atau Matte Pearl Black.

GALERI

Google ads
Back to top button