BuletinMotosikal

EICMA 2019: YAMAHA TRACER 2020 YANG NAMPAK PELIK BETUL…

Banyak model-model baru yang menarik muncul di pameran EICMA 2019 tahun ini. Antaranya ialah yang ini, Yamaha Tracer 700 untuk tahun 2020 yang berubah terus rupa parasnya.

Di Eropah, Yamaha Tracer didatangkan dengan dua model iaitu Tracer 700 dan Tracer 900. Di Malaysia, kita cuma mendapat model Tracer GT (900)

Baiklah. Apa yang peliknya?

Bentuk fairing depannya kini dipasangkan dengan penutup penuh pada bahagian “kepala” tidak lagi dengan split screen seperti sebuah naked dengan fairing separuh.

Tracer 700 sudah jadi motosikal adventure penuh dengan padanan lampu hadapan LED ala YZF-R1 dan juga “kening” lampu yang bertindak sebagai lampu nyalaan siang (DRL)

Penghadang angin hadapannya kini boleh dilaras menggunakan sebelah tangan sahaja.

Beberapa perubahan kecil telah dibuat pada bahagian enjinnya. Nadi penggerak dua selinder crossplane 789cc ini telah ditala semula pada bahagian sesalur bahanapi, nyalaan, eksoz dan nisbah gear.

Kuasa yang dihasilkan ialah 72.4ps pada 8750rpm dan tork 68 Nm pada 6500rpm.

Paling penting untuk menhadapi piawaian baru tahun hadapan, enjin baru ini juga telah melepasi standard Euro 5.

Berat bersih motosikal ini ialah 196kg dan ia dikatakan antara motosikal paling ringan dalam kelasnya.

Antara perubahan lain yang dibuat ialah sistem suspensi hadapanya kini datang dengan fork 130mm dan motnoshock 142mm di belakang. Brek juga ditingkatkan dengan cakera baru 282mm di depan dan 245mm di belakang.

Sepertimana motosikal moden yang kini datang dengan paparan instrumentasi digital, Tracer 700 juga tidak ketinggalan dengan aplikasi serupa. Ia memaparkan maklumat seperti kedudukan gear, jarak perjalanan, penggunaan bahanapi dan sebagainya.

GALERI

Google ads
Back to top button