Buletin

ELON MUSK TAWAR BELI TWITTER BERNILAI $41 BILION

Bilionair yang juga CEO Tesla, Elon Musk dilapor mahu membeli laman mikroblog Twitter pada harga $41 bilion tunai.

Beliau yang sebelum ini memegang sebanyak 9.2 peratus pegangan dalam Twitter membuat tawaran untuk membeli keseluruhan Twitter dengan nilai $54.20 setiap saham.

Elon Musk sebelum ini menolak tawaran untuk menyertai barisan pengarah Twitter awal minggu ini selepas mendedahkan kepentingannya di dalam syarikat tersebut.

Langkah ini menurut penganalisa menandakan hasratnya untuk mengambil alih syarikat itu, memandangkan kerusi pengarah akan mengehadkan kepentingannya di bawah 15 peratus.

Jelasnya lagi, sekiranya tawaran ini tidak diterima, Elon Musk akan mempertimbangkan semula kedudukannya sebagai pemegang saham.

Setakat ini, Twitter tidak memberikan sebarang respons kepada langkah Elon Musk. – Reuters

Google ads
Back to top button