Buletin

NISSAN BERMINAT NAK BUAT GT-R ELEKTRIK?

Nissan merupakan antara pengeluar automotif yang bakal menampilkan teknologi bateri solid-state untuk digunakan pada kenderaan elektrik.

Jika dibandingkan dengan bateri lithium-ion sedia ada, bateri jenis baharu ini dikatakan mampu dicas pada kadar yang lebih cepat, dengan kadar simpanan tenaga yang jauh lebih tinggi.

Jadi, adakah Nissan berhajat untuk menghasilkan kereta sports berkuasa elektrik kelak?

Menurut Ketua Pegawai Perancang Nissan bagi rantau Africa, Timur Tengah, India, Eropah dan Oceania (AMIEO), François Bailly memberitahu Autocar, beliau mengakui ingin memiliki sebuah kereta sport EV.

“Namun, kami harus mengaturkannya. Kami tidak lagi sedia untuk mengumumkan perkara ini, namun ia sudah jelas berada di atas meja.

Ini kerana Nissan pada ketika ini perlu menumpukan perhatian kepada produk yang bakal dilancarkan kelak, seperti contoh Nissan Micra EV dan juga generasi baharu Nissan LEAF yang bakal dijelmakan sebagai sebuah crossover.

Teknologi bateri jenis pejal ini masih lagi belum sesuai untuk produksi massa. Ini kerana Nissan baharu sahaja mengumumkan akan menghasilkan unit prototaip terlebih dahulu, sebelum ia muncul pada kereta produksi sebenar pada tahun 2028.

Jelasnya lagi, wujud perbincangan dalaman berhubung usaha untuk menghasilkan Nissan GT-R elektrik.

“Pada akhirnya, ia akan tetap menjadi keutamaan, dan ya kami sedang melihat kepada perkara ini,” tambahnya. – Autocar

Google ads
Back to top button