
ENJIN F1 2006 INI BERPUTAR PADA 20,000 RPM
Kalau anda tanya pada mana-mana peminat perlumbaan F1, satu perkara yang disukai ialah bunyi enjin V8, V10 dan V12 yang dihasilkan oleh enjin ini ketika ia diperah pada RPM yang sangat tinggi. Namun hanya beberapa enjin F1 pada waktu itu mampu berputar pada RPM yang sangat tinggi
Salah satunya digunakan oleh pasukan William F1 pada tahun 2006, yang mampu beroperasi melebihi 20,000 RPM. Enjin Cosworth CA2006 ini merupakan enjin pertama dalam sejarah F1 beroperasi melebihi 20,000 RPM. Walaupun enjin V6 F1 moden mampu mencapai RPM yang sama, peraturan perlumbaan menghadkan ia beroperasi pada 15,000 RPM sahaja.
Enjin CA2006 ini berupaya menjana 755 kuasa kuda pada 19,250 RPM dan 298 hingga 407 Nm tork pada 17,000 RPM. Namun begitu, ketahanan dan keboleharapan enjin ini adalah kurang bagus. Nico Rosberg dan Mark Webber bergelut dengan masalah enjin sepanjang tahun 2006 dan hanya menyudahkan 3 perlumbaan sahaja pada nombor 6 dan juga nombor 8.
Setakat ini, enjin moden dengan RPM paling tinggi juga dihasilkan oleh Cosworth. Enjin V12 3900cc ini dignakan oleh hypercar Gordon Murray T.50 berupaya diperah sehingga 12,100 RPM dan masih lagi menjana 701 kuasa kuda bagi varian Niki Lauda Edition
Bagi musim perlumbaan tahun 2006, peraturan teknikal menetapkan enjin yang dignakan mestilah enjin V8 dengan sesaran 2400cc, diameter maksimum 98mm dan juga lejang bersaiz 40mm. Rekaan ini membenarkan enjin Cosworth CA2006 berputar sehingga 20,000 RPM dengan mudah
Disebabkan enjin yang digunakan pada ketika itu dihadkan pada 2400cc sahaja, adalah sukar untuk jurutera mendapatkan tork yang tinggi melainkan enjin ini direka untuk berputar pada RPM yang tinggi untuk menjana kuasa yang tinggi
Aloi titanium digunakan untuk menghasilkan rod penyambung manakala piston pula dihasilkan dengan menggunakan aloi aluminium 2618. Rekaan piston dan rod penyambung yang dibuat daripada bahan yang ringan tapi kuat membenarkan enjin ini berputar sehingga 20,000 RPM yang pada satu ketika berupaya merosakkan enjin CA 2006
Sa;ah satu lagi masalah yang berkaitan dengan operasi pada RPM yang tinggi ialah masalah “Valve Float”, menerangkan situasi injap gagal menutup bukaan injap dalam keadaan optimum disebabkan RPM yang terlalu tinggi. Keadaan ini akan menyebabkan enjin kehilangan kuasa, dan masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan spring injap yang lebih keras, injap yang lebih ringan dan aci sesondol dengan rekaan yang lebih agresif
Enjin Cosworth CA 2006 juga direka dengan paip ambilan udara yang pendek, rekaan yang ideal untuk menghasilkan kuasa pada RPM yang tinggi dan juga rekaan plenum yang besar bagi agihan udara pada semua silinder dengan sekata. Jurutera juga menghasilkan enjin agar asap bergerak keluar dengan lebih laju agar ia sesuai dengan RPM yang tinggi.


