
ERC 2024 – HAYDEN PADDEN MENANG DI WALES, SIKIT LAGI UNTUK MENANG ERC BUAT KALI KEDUA BERTURUT – TURUT
Pemandu dari New Zealand, Hayden Paddon berjaya memenangi perlumbaan siri ketujuh dalam kalendar perlumbaan FIA European Rally Championship (ERC) musim ini di DS Machinery Rali Ceredigion. Dengan kemenangan ini, menyaksikan setiap perlumbaan ERC musim ini mempunyai tujuh pemenang yang berbeza bagi setiap lokasi.
Pemandu dari pasukan BRC Racing Team yang memandu jentera Hyundai i20 N Rally2 dengan menggunakan tayar Pirelli itu, yang mengukuhkan cengkamannya untuk merangkul kejuaraan ERC buat kali kedua berturut-turut sebagai hasilnya, mengetuai perlumbaan denga penuh bergaya di permukaan aspal yang menakjubkan dari awal hingga tamat perlumbaan ketika kejuaraan tersebut kembali semula ke United Kingdom buat kali pertama semenjak dari tahun 2016.

Bersama Juruarah rakan senegara dari New Zealand John Kennard, Hayden Paddon memulakan perlumbaan penentuan pada hari Ahad dengan mendahului 1 minit 18.7 saat mengatasi Chris Ingram, juara ERC 2019, setelah memenangi semua kecuali satu daripada lapan peringkat perlumbaan pada hari Sabtu.

Tetapi apabila Chris Ingram terbabas dan mengakibatkan kerosakan teruk jentera Toyota GR Yaris Rally2 yang dipandunya ketika perlumbaan pembukaan hari Ahad, memberikan kelebihan buat Hayden Paddon untuk terus mengekalkan posisi pendahulu. Walaupun hujan membuatkan keadaan sedikit licin dan tahap cengkaman yang boleh berubah melalui SS13, Hayden Paddon mengekalkan ketenangannya, untuk terus menguasai Power Stage sekali gus menambah lima mata bonus tambahan untuk perlumbana yang mengagumkan buat beliau di Wales ini.
Pemandu dari Itali Andrea Mabellini berjaya mendapatkan podium sulungnya di perlumbaan ERC dari pasukan MRF Tyres selepas berjaya naik dari tempat keempat ke kedua di Power Stage dengan Mathieu Franceschi yang dilengkapi dengan Michelin juga bersama jentera Skoda Fabia RS Rally2 kembali ke podium untuk melengkapkan senaria tempat tiga teratas buat kali pertama sejak Rally Islas Canarias pada Mei lalu.

Perlumbaan berikutnya akan berlangsung di Rally Silesia in Poland pada 11 – 13 Oktober dengan Hayden Paddon dilihat sedikit selesa mendahului pungutan mata dengan kelebihan 27 mata mengatasi pesaing terdekat Mathieu Franceschi.
Dengan maksimum 35 mata masih ditawarkan untuk perlumbaan terakhir nanti, mahkota kejuaran ERC kali kedua berturut-turut buat Hayden Paddon sebetulnya masih lagi belum selamat.
BACA : ERC 2024 – PEMANDU TUAN RUMAH DOMINIC STRITESKY MENANG AKSI DI REPUBLIK CZECH
BACA : ERC 2024 – ANDREA CRUGNOLA MENANG DI BUMI SENDIRI RALLY DI ROMA CAPITALE