Buletin

ERC 2024 – ANDREA CRUGNOLA MENANG DI BUMI SENDIRI RALLY DI ROMA CAPITALE

Pemandu tuan rumah Andrea Crugnola berjaya muncul sebagai pemenang perlumbaan pusingan kelima dalam kalendar FIA European Rally Championhip (ERC) Rally di Roma Capitale dengan kelebihan 22.3 saat.

Dengan Pietro Ometto sebagai Juruarah bersama jentera Citroën C3 Rally2, Andrea Crugnola yang dilengkapi dengan tayar Pirelli mengulangi kejayaannya di Rally di Roma Capitale  kira – kira 12 bulan lalu dengan mempamerkan pemanduan sempurna di bawah sinar matahari Itali yang terik sekali gus memberikan kegembiraan buat penyokong tempatan.

Walaupun menghadapi masalah interkom, Simone Campedelli juga pemandu dari Itali berjaya menduduki tempat kedua dengan memandu jentera  Škoda Fabia RS Rally2 yang dilengkapi dengan tayar Pirelli. Kiranya kemenangan 1 – 2 untuk Itali di bumi sendiri.

Pemandu Sepanyol Efrén Llarena di tempat ketiga bagi melengkapkan podium perlumbaan Rally di Roma Capitale  dengan memandu jentera Fabia RS Rally2 yang dilengkapi dengan tayar Michelin, podium ERC pertama buat beliau semenjak Mei 2023.

Sementara itu, Simone Tempestini menamatkan 4.2 saat di belakang Efrén Llarena di tempat keempat dan sama tepat pada masanya dengan Mathieu Franceschi di tempat kelima keseluruhan.

“Ia satu perasaan yang menakjubkan,” kata Andrea Crugnola, yang memenangi Power Stage dengan catatan yang baik. “Ia sangat sukar untuk mengawal perlumbaan kerana saya banyak memikirkan kejuaraan Itali dan perlumbaan ini boleh menjadi penting untuk masa depan. Kami mendapat mata yang sangat baik dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pietro, kerana dia melakukan kerja yang menakjubkan, dan kepada pasukan, F.P.F. Sukan, Pirelli, Sparco, semua penaja dan semua orang yang rapat dengan kami dan membantu kami berada di sini.

Di belakang Simone Franceschi adalah juara bertahan ERC, Hayden Paddon melengkapkan kedudukan enam teratas dengan jentera Hyundai i20 N Rally2 dilengkapi dengan tayar Pirelli bagi mengekalkan kedudukan pendahuluan dengan hanya kelebihan mata yang cukup tipis di hadapan Mathieu Franceschi.

Ternyata Hayden Paddon masih lagi gagal mencari rentak dan kelajuan yang diperlukan untuk mendapatkan podium setidaknya di Itali.

Sementara itu malang menimpa buat pemandu Mads Østberg yang memandu jentera Citroen C3 Rally2 ketika SS9 setelah mengalami kemalangan merempuh pokok di tepi laluan. Mujur juga beliau dan Juruarah tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Kedudukan Pungutan Mata

  1. Hayden Paddon – 89 mata
  2. Mathieu Franceschi – 82 mata
  3. Simone Tempestini – 59 mata

BACA : ERC 2024 – GEORG LINNAMAE CEMERLANG DI RUMAH SENDIRI DI DELFI RALLY ESTONIA. TOYOTA GR YARIS RALLY2 TERUS MENDONIA

BACA : ERC 2024 – OLIVER SOLBERG SEKALI LAGI MELAKUKANNYA UNTUK MUNCUL JUARA

Google ads

B K

Back to top button