Buletin

ERC 2024 – PEMANDU TUAN RUMAH DOMINIC STRITESKY MENANG AKSI DI REPUBLIK CZECH

Pemandu muda tuan rumah Dominik Stříteský berjaya memenangi perlumbaan Barum Czech Rally Zlín sebagai kejayaan pertama beliau dalam kalendar FIA European Rally Championship (ERC) bagi menafikan kemenangan seorang lagi pemandu tuan rumah Jan Kopecký yang memburu kemenangan ke 12 di bumi sendiri.

Jan Kopecký pada asalnya hanyalah ketinggalan 0.7 saat di belakang Dominik Stříteský yang merupakan pendahulu yang memandu jentera Skoda Fabia RS namun akur ketinggalan hingga ke tempat ke 15 keseluruhan setelah mengalami masalah tayar pancit ketika SS5.

“Ada sesuatu yang saya langar ketika laluan lurus yang menyebabkan tayar pancit dan proses penukaran tayar juga sedikit perlahan”, ujar Jan Kopecký yang turut memandu jentera Skoda Fabia RS. Dan akhirnya Jan Kopecký akur untuk berada di tempat kesembilan keseluruhan.

Tempat kedua keseluruhan menjadi milik pemandu dari Austria, Simon Wagner yang turut memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 dengan ketinggalan 19.2 saat .

Podium ketiga menjadi milik pemandu yang turut berasal dari Republik Czech Eric Cais, juga dengan memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 setelah ketinggalan hanya 4.8 saat di hadapan pemenang podium kedua milik Simon Wagner.



Dan menariknya perlumbaan pusingan keenam kalendar FIA ERC musim 2024 ini di Barum Czech Rally Zlín, tempat keempat dan kelima juga menjadi milik pemandu tuan rumah, Adam Brezik dan juga Filip Mares dengan masing – masing memandu jentera Fabia Skoda RS Rally2 dan juga Toyota GR Yaris Rally2.

Malang menimpa buat penyandang juara Hayden Paddon untuk mengutip mata apabila beliau hanya menamatkan aksi di tempat ke 13 keseluruhan di sini sekali gus membuatkan perebutan tahta kejuaraan ERC masih lagi terbuka walau pun masih lagi berbaki 2 perlumbaan di UK dan juga perlumbaan terakhir di Poland.

Mujurlah juga pesaing terdekat Hayden Paddon, Mathieu Franceschi juga gagal menamatkan perlumbaan di Republik Czech untuk mengutip sebarang mata bagi merapatkan jurang sebelumnya hanya dibezakan dengan tujuh mata sahaja.

BACA : ERC 2024 – ANDREA CRUGNOLA MENANG DI BUMI SENDIRI RALLY DI ROMA CAPITALE

BACA : ERC 2024 – GEORG LINNAMAE CEMERLANG DI RUMAH SENDIRI DI DELFI RALLY ESTONIA. TOYOTA GR YARIS RALLY2 TERUS MENDONIA

Google ads

B K

Back to top button