Buletin

ETCM RAIKAN MAKNA KELUARGAAN AIDILFITRI INI

Kempen Raya Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) diserlahkan menerusi satu filem pendek yang dihasilkan khas untuk tontonan rakyat Malaysia. 

nissan-raya-mekanika (4)

Bertajuk ‘Atuk’, filem yang menyentuh perasaan ini menyorot perjalanan penuh emosi sebuah keluarga Melayu pada malam Hari Raya Puasa yang memberi fokus kepada mesej-mesej penting supaya menghargai mereka yang tersayang. 

Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen Kempen Raya ECTM bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar memupuk nilai-nilai kekeluargaan serta meraikan Hari Raya dengan penuh kasih sayang dan kemaafan. “Kami harap ‘Atuk’ akan kembali mengingatkan rakyat Malaysia bahawa keluarga adalah segala-galanya. Lagi pun, ahli keluarga yang akan bersama kita semasa susah dan senang. Walaupun kita mungkin tidak sependapat sepanjang masa, namun ikatan itu akan terus ada,” tambahnya.

nissan-raya-mekanika (3)

‘Atuk’ kini boleh ditonton di saluran Youtube rasmi dan laman Facebook Nissan Malaysia. ETCM juga akan berkongsi blog berkaitan kekeluargaan di laman web Nissan sepanjang bulan Ramadan. Topik-topiknya termasuklah keseronokan berkumpul dengan ahli keluarga dari berbilang generasi, persediaan menjadi ibu bapa dan tip-tip bagaimana untuk lebih bersedia apabila berjumpa dengan keluarga pasangan buat pertama kalinya. Mesej-mesej ini dan ‘Atuk’ sememangnya jelas mewakili tagline ETCM pada Hari Raya ini iaitu ‘Orang Jauh Lagi Dikenang, Orang Dekat Makin Disayang. Tak Kira Jauh Atau Dekat, Kami Menyatukan Anda Dengan Semua’.

Sebagai tambahan, ETCM turut menawarkan promosi luar biasa ke atas beberapa model popular Nissan pada Raya kali ini. Promosi yang bermula pada 20 Jun hingga 31 Julai 2014 menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk memiliki sebuah model Nissan dengan hanya RM22 sehari*.

nissan-raya-mekanika (5)

Para pelanggan juga boleh memilih model-model Nissan seperti Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan Navara untuk balik ke kampung.  Pelanggan yang berminat dengan Sylphy serba baharu dan Teana juga boleh menikmati tawaran istimewa oleh kedua-dua model ini.

Pembeli yang ingin mendapatkan diskaun serta ganjaran menarik boleh menikmati pelbagai tawaran termasuklah 50% bagi Aerokits NISMO dan IMPUL untuk Almera, selain Aerokit IMPUL untuk Grand Livina. Para pelanggan yang membeli Serena S-Hybrid baharu pula layak menerima Navigasi Multimedia secara percuma.

nissan-raya-mekanika (1)

Bagi menambah kemeriahan sambutan ini, ETCM mengadakan siri jelajah Hari Raya ke seluruh negara di mana para pelanggan boleh mengunjunginya untuk melihat secara dekat model-model terbaharu Nissan, mengambil bahagian dalam aktiviti menyeronokkan dan pulang dengan hadiah-hadiah seperti kurma dan sampul duit Raya.

Tarikh and Lokasi siri jelajah Hari Raya adalah seperti berikut:

Tarikh Lokasi
4 – 6 Julai Leisure Mall, KL
4 – 6 Julai Giant Tabuan (Outdoor) Kuching, Sarawak
7 – 13 Julai Tesco Tanjung Penang, Pulau Pinang
11 – 13 Julai Giant Sandakan, Sandakan, Sabah
13 – 19 Julai Tesco KB, Kota Bahru, Kelantan
17 – 20 Julai Queensbay Mall, Pulau Pinang
18 – 20 Julai Mydin MITC Outdoor, Melaka

nissan-raya-mekanika (2)

Maklumat lanjut mengenai kempen dan promosi, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

*Sila layari http://bit.ly/Atuk_NissanMalaysia untuk menonton video ‘Atuk’ secara dalam talian.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button