Buletin

NISSAN TAMBAH CAWANGAN DI KLUANG, KUKUHKAN KEHADIRAN DI SELATAN

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM), pengedar eksklusif jenama Nissan di Malaysia, terus memperluas jangkauannya dengan pembukaan sebuah bilik pameran baharu yang terletak di Kluang, Johor.

Langkah ini sejajar dengan strategi ETCM untuk memperkukuh kehadiran Nissan di kawasan selatan serta menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih menyeluruh dan mudah diakses.

Beroperasi di lokasi strategik di Taman Kluang Perdana, bilik pameran ini berdiri megah di atas keluasan sekitar 6,400 kaki persegi.

Ia menampilkan rekaan moden serta identiti visual baharu Nissan, termasuk logo terkininya yang lebih segar dan dinamik. Reka bentuk ruang dalaman membolehkan sehingga enam model dipamerkan secara serentak dalam suasana yang selesa dan mesra pelanggan.

Selain pameran model popular seperti Nissan KICKS e-POWER, pengunjung turut berpeluang mencuba sendiri pengalaman memandu kenderaan Nissan, termasuk model elektrifikasi yang terkini.

Pasukan penasihat jualan yang berpengalaman juga bersedia membantu memberikan maklumat lengkap serta mengatur sesi pandu uji.

Kemudahan tambahan yang tersedia termasuk ruang penyerahan kenderaan khas, bilik perbincangan peribadi, dan ruang rehat lengkap dengan akses Wi-Fi – semuanya direka untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan sepanjang urusan mereka di bilik pameran ini.

Maklumat Lokasi Bilik Pameran Nissan Kluang:

Alamat: No. 46, Jalan Kluang Perdana 1, Taman Kluang Perdana, 86000 Kluang, Johor
Telefon: 07-2831 881
Waktu Operasi Jualan:
Isnin – Sabtu: 9.00 pagi – 7.00 malam
Ahad / Cuti Umum: 10.00 pagi – 5.00 petang

Untuk urusan penyelenggaraan selepas jualan, pelanggan boleh berkunjung ke pusat servis Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) Kluang yang terletak hanya 15 minit dari bilik pameran utama.

Maklumat Lokasi TCEAS Kluang
Alamat: No. 1-A, Jalan Sekolah Chong Hwa, 86000 Kluang, Johor
Telefon: 07-772 0811 / 07-772 0822
Waktu Operasi Servis:
Isnin – Sabtu: 8.30 pagi – 5.00 petang
Ahad / Cuti Umum: Tutup

Untuk maklumat lanjut mengenai model, promosi semasa, atau tempahan pandu uji, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Nissan Malaysia di www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 1800-88-3838.

Google ads
Back to top button