Buletin

NISSAN NAVARA BLACK EDITION: DUA VARIAN, 187HP, HARGA BERMULA RM134K

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan Navara Black Edition baharu dan didatangkan dalam dua varian, VL serta V.

Navara Black Edition tampil dengan pelapisan gril depan baharu, perumah cermin sisi dan fender hitam berkilat.

Di samping itu, varian V didatangkan dengan rim aloi hitam berkilat 17-inci manakala varian VL pula kekal menggunakan rim aloi kemasan hitam 18-inci.

Selain itu, varian VL kini didatangkan dengan aksesori di bawah Pakej Perlindungan iaitu:

  • Pelindung tangki bahan api
  • Pelindung penakung minyak,
  • Plat pemijak kaki,
  • Dashcam
  • visor pintu
  • Filem tinting sekuriti V-KOOL

Sementara varian V pula didatangkan dengan Pakej Premium iaitu tempat duduk kombinasi kulit dan filem tinting sekuriti V-KOOL.

Untuk keselamatan, model ini dilengkapi enam beg udara, Vehicle Dynamic Control, Hill Start Assist, Hill Descent Control, Anti-lock Braking System with Electronic Brake Distribution dan Brake Assist sebagai ciri standard.

Tambahan, model ini juga menerima Intelligent Predictive Forward Collision Warning dan Emergency Braking serta Intelligent Driver Alertness dengan Intelligent Around View Monitor (Kamera 360°) bersama Off-Road Mode dan Moving Object Detection, Blind Spot Warning, Lane Departure Warning, Rear Cross Traffic Alert dan High Beam Assist.

Beralih kepada kuasa, kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin 2.5-liter common-rail diesel turbo YD25, berupaya menghasilkan 187hp dan 450Nm.

Nadi berkenaan dipadankan dengan kotak gear automatik 7-kelajuan dan kuasa disalurkan ke semua roda melalui sistem pacuan 4WD kawalan elektronik Bersama Active Brake Limited-Slip Differential.

Untuk rekod, sistem ini juga boleh ditukar kepada 2WD menggunakan butang Shift-On-The-Fly.

Nissan Navara Black Edition boleh didapati pada harga RM134,800 bagi varian V, manakala varian VL diberi tanda harga RM146,900.

Google ads
Back to top button