Buletin

PROMOSI RAYA PEUGEOT

Pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) mengumumkan sesi pandu uji hujung minggu Peugeot Raya pada 5 dan 6 Julai 2014 (hujung minggu ini). 

 

SONY DSC

Sesi pandu uji itu melibatkan model SUV 2008 dan 3008, serta MPV Peugeot 5008. Ketiga-tiga model ini dilancarkan pada separuh pertama 2014. Untuk rekod, 2008, 3008 dan 5008 menjadi antara model terlaris Nasim apabila secara kolektifnya menyumbang sebanyak 22 peratus jualan keseluruhan untuk tahun 2014. Ia turut membantu dalam mencapai sasaran jualan Nasim sebanyak 7,000 unit.

Bagi menambah keterujaan sesi pandu uji ini, pelbagai hadiah menarik turut disediakan kepada semua yang mengambil bahagian.

peugeot-5008-RM159,888-mekanika (8)

Sesi ini diadakan sempena kempen Peugeot Raya Drive Celebration. Antara model yang terlibat dalam kempen ini ialah 208, 408 Turbo S and 508 premium.

Dalam tempoh promosi ini, 208 ditawarkan pada harga RM79,000 408 Turbo S (RM107,000) dan 508 premium berharga RM155,000. Semua harga ini adalah di atas jalan tidak termasuk insurans. Promosi Raya ini sah sehingga 31 Julai 2014.

Peugeot 208

Pelanggan yang membeli mana-mana model Peugeot layak menerima jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Di samping perkhidmatan Peugeot Assistance 24 jam.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button