Buletin

TAK BAYAR CENDOL, SEKUMPULAN PENUNGGANG MOTOSIKAL KEJAR KERETA DI MRR2

Tular satu rakaman video baru-baru ini, menyaksikan sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah kereta dinaiki beberapa remaja.

Menurut hantaran dari akaun X, Asal Gombak, sekumpulan remaja tersebut dikatakan tidak membuat pembayaran selepas menikmati cendol.

Tambahnya lagi, kumpulan motosikal itu dikatakan mengejar pemandu kereta itu bermula dari kawasan Batu Caves sehingga ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Satu kekecohan berlaku di Batu Caves apabila sekumpulan remaja menaiki sebuah kereta dikatakan lari dan tidak membayar cendol yang dimakan dan dikejar oleh sekumpulan penunggang motosikal.

“Aksi kejar mengejar itu bermula dari Batu Caves kemudian ke Batu Muda sehinggalah ke MRR2 Batu Caves. Pemandu kereta tersebut akhirnya berhenti di tengah-tengah jalan kemudian melarikan diri,” katanya.

Menerusi rakaman itu, dilihat sepanjang cubaan melarikan diri daripada kumpulan penunggang motosikal terbabit, kereta Nissan Almera itu dipandu laju secara melulu sehingga melanggar beberapa kenderaan lain.

Dalam rakaman itu juga, dilihat seorang penunggang motosikal mengambil kunci kereta selain kelihatan seorang remaja lelaki berada di tempat duduk penumpang hadapan kereta terbabit. – Berita Harian

Google ads
Back to top button