Motosikal

HUSQVARNA NORDEN 901 KINI DI MALAYSIA. 105HP, BERMULA RM99K

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. (EWD) hari ini memperkenalkan model Husqvarna Norden 901 ke pasaran tempatan. Jentera adventure touring itu ditawarkan pada harga asas RM98,800 seunit.

Ia dikuasakan oleh enjin empat lejang dua silinder DOHC Parellel Twin yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 105hp dan tork 100Nm.

Dibina di atas kerangka trellis chrome-molybdenum yang ringan, Noren 901 menjanjikan tunggangan mengujakan di atas laluan off-road dan on-road. Kualiti pengendalian disumbang oleh penggunaan suspensi hadapan USD WP APEX dengan jarak travel yang jauh (43mm).

Titik graviti yang rendah dengan h memberikan rasa pengendalian lebih natural, dibantu oleh rim lidi yang ringan dan mudah dikendalikan. Tugas membrek diserahkan kepada brek cakera, lengkap bersama sistem ABS yang sensitif ketika membelok.

Penunggang boleh menukar di antara tiga mode tunggangan iaitu Street, Rain, Offroad dan Explorer (optional) bergantung kepada keadaan.

Lebih menarik lagi Norden 901 memberi perlindungan terbaik daripada cuaca dengan adanya ciri-ciri seperti pilihan pemanas pelana, lampu LED dan banyak lagi.  

Tangki berkapasiti 19 liter itu bukan sahaja tidak memerlukan penunggang kerap singgah ke stesen minyak, malah ia direka agar tahan lasak terutama ketika ditunggang di laluan off-road.  

Pemilik juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori seperti jakat Scalar WP, seluar, but X-3 SRS, double stand dan peningkatan perisian Norden 901 Explorer Mode.

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button