Buletin

EXXONMOBIL PERKENALKAN MOBIL 1™ ACTION POWER+, BERI PERLINDUNGAN KEPADA ENJIN DAN JIMAT BAHAN API

ExxonMobil baru-baru ini memperkenalkan minyak enjin sintetik penuh, Mobil 1™ Triple Action Power+, dirumus khas untuk memberikan prestasi serta perlindungan kepada enjin selain lebih menjimatkan bahan api.

“Kami menguji minyak enjin Mobil 1 di makmal, di jalan raya, di landasan serta beberapa keadaan paling sukar dan ekstrem,” kata Pengarah Eksekutif Minyak Pelincir Asia Pasifik Selatan, ExxonMobil Asia Pasifik Pte. Ltd, Siew Kum Fong.

“Formula Satu ialah tempat ujian terakhir untuk minyak enjin Mobil 1, di mana ia membantu mengurangkan geseran dan haus di semua bahagian kereta lumba.

Ia sekali gus memberikan Max Verstappen dan Sergio Perez lebih keyakinan dengan kereta mereka,” tambahnya.

“Mobil 1 telah menjadi jenama ikonik dalam Formula Satu selama lebih daripada 30 tahun dan kami kini menawarkan peluang unik kepada pelanggan untuk memanfaatkan kepakaran ExxonMobil bertaraf dunia,” kata Ketua Pasukan Oracle Red Bull Racing, Christian Horner.

Mobil 1 Triple Action Power+ kini boleh didapati di peruncit automotif terkemuka serta bengkel dan anda berpeluang untuk memenangi barangan Red Bull Racing dengan hanya memuat naik foto bersama produk Mobil 1 di Instagram dari 17 Julai – 31 Ogos 2023.

Untuk butiran lanjut serta terma dan syarat, sila layari https://www.mobil.com/en/sap/our-products/mobil-1/Promotion

Google ads
Back to top button