
ANWAR DAN ELON MUSK BINCANG PELABURAN TESLA DAN PERKHIDMATAN SATELIT
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan melalui persidangan video bersama dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk.
Pertemuan itu turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Pada sesi itu, beliau mengucap tahniah dan dokongan kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon di Selangor pada tahun ini.

“Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia,” katanya.
“Malaysia akan terus memperkasa komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050.
“Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem yang komprehensif, serta sumber berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik.”
Tambahnya lagi, turut diperbincangkan ialah berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink.
“Penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju serta meluas terutamanya di kawasan pedalaman.”
Beliau juga menyatakan bahawa inisiatif ini mampu meningkatkan keupayaan, kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan. – Facebook Anwar Ibrahim
- BACA: TESLA DEDAH HARGA RASMI MODEL Y PASARAN TEMPATAN – 3 VARIAN, HARGA BERMULA RM199K
- BACA: TESLA MODEL 3 KERETA ELEKTRIK TERPAKAI PALING LARIS DI AMERIKA SYARIKAT
- BACA: NHTSA SIASAT SEMULA KES PECUTAN TESLA TIDAK DISENGAJAKAN DI US
- BACA: GIGA LAB BAHARU TESLA MAMPU BINA EV DALAM MASA 45 SAAT – “TIADA APA YANG MUSTAHIL,” KATA ELON MUSK