Buletin

STARTUP YOSHI HANTAR MINYAK KEPADA PELANGGAN – TAK PERLU SUSAH PERGI STESEN MINYAK LAGI

Sebuah syarikat baharu (startup) yang dikenali sebagai Yoshi menawarkan alternatif kepada pemandu yang tidak gemar mengunjungi stesen minyak.

Dikenali sebagai ‘Uber untuk minyak’, Yoshi menghantar bahan api kepada pelanggannya dengan yuran bulanan sebanyak AS$20 (RM80).

Selain minyak, pelanggan juga boleh menggunakan khidmat Yoshi untuk menukar minyak hitam servis tayar, penggilap cermin dan sebagainya. Lebih menarik lagi, startup tersebut mendapat sokongan daripada ExxonMobil dan General Motors.

Bahan api Yoshi dibekalkan oleh ExxonMobil dan pelanggan boleh menikmati diskun jika mendapatkan perkhidmatan tambagan.

Kehadiran Yoshi dilihat cuba memenuhi keperluan pelanggan yang mengalami masalah kekurangan bahan api berikutan semakin banyak stesen minyak ditutup di AS mulai tahun 1994 hingga 2015.

Yoshi bermula dengan tiga buah bandar sebelum mengembangkan operasinya ke 16 buah bandar di Amerika Syarikat (AS) termasuklah Chicago, Los Angeles dan Boston.

Yoshi hanya meminta pelanggan untuk membuka tangki minyak dan mereka tidak perlu berada di sana.

Model perniagaan Yoshi nampaknya mula ditiru oleh beberapa startup lain seperti FillD dan Booster Fuels yang memberi perkhimatan hampir sama di bandar Seattle.

Walaupun perkhidmatan startup ini semakin mendapat permintaan, jabatan bomba AS bagaimanapun meluahkan rasa bimbang kerana mereka membawa sejumlah bahan api yang besar menggunakan trak pikap.

Ada syarikat yang menggunakan tangki berkapasiti  3,785 liter. Jika sesuatu berlaku, risiko kebakaran adalah sangat tinggi.

Yoshi ada masanya menghantar minyak ke kawasan parkir dan kediaman. Ia memberitahu yang yang digunakan telah diberi kelulusan oleh Jabatan Pengangkutan AS.

Sejak beroperasi pada tahun 2015, Yoshi tidak mengalami sebarang masalah tumpahan minyak. Menurut laman web Yoshi, pelanggan boleh menjimatkan masa selama 33 jam dan AS$240 (RM985) setahun jika menggunakan khidmat mereka.

sumber: Business Insider Malaysia

Google ads
Back to top button