Artikel Pilihan

TESLA CYBERTRUCK PERTAMA TELAH DIHASILKAN DI GIGAFACTORY TEXAS

Tesla Cybertruck sebenarnya telah diperkenalkan pada umum sekitar bulan November 2019, namun selepas 3 tahun penghasilannya masih lagi gagal direalisasikan oleh Tesla sehinggalah pada tanggal 15 Julai 2023 Tesla mengumumkan bahawa Gigafactory Texas telah menghasilkan Cybertruck yang pertama.

Pengumuman ini dibuat oleh Tesla di laman sosial Twitter dengan sebuah Tesla yang sudah siap dipasang dan bergambar dengan semua tenaga kerja Tesla di Texas. Elon Musk kemudian membalas Tweet tersebut pada profailnya dengan menulis “Congrats Tesla Team!”

Namun gambar tersebut gagal memperincikan dengan jelas rekaan akhir yang digunakan oleh Tesla disebabkan Cybertruck dikerumuni oleh ramai staff Tesla. Namun kami percaya ia masih lagi menggunakan rekaan yang sama seperti diperkenalkan pada tahun 2019 dulu dengan bumbung panaromic, pengelap cermin besar di bahagian sisi, truck bed dan juga rekaan cermin sisi yang bersegi

Permulaan kepada penghasilan Tesla Cybertruck ini adalah satu permulaan yang bagus sebagai model ke 5 Tesla selepas model ke 4 diperkenalkan iaitu Tesla Model Y pada bulan Januari tahun 2020. Untuk rekod, pikap trak merupakan kenderaan yang sangat popular di Amerika dan bakal bersaing dengan beberapa model trak pikap yang lain seperti Rivian dan juga Toyota Tundra

Tesla merancang untuk menghasilkan sehingga 500,000 unit Cybertruck dalam masa setahun namun Elon mengakui adalah sukar untuk merendahkan harga Cybertruck memandangkan ia dihasilkan dengan kaedah baru dan bahan yang lebih baik seperti Ultra-Hard 30X Cold-Rolled stainless-steel.

Elon juga menjangkakan yang Cybertruck akan diserahkan pada pelanggan mulaia awal bulan September 2023. Beberapa bulan sebelum ini, pembekal Gigapress iaitu firma Kejuruteraan IDRA telah mengeluarkan satu gambar penghantaran kepada Tesla Gigafactory di Texas yang akan digunakan untuk menghasilkan Cybertruck

Dalam perkembangan lain, Tesla juga mengumumkan yang mereka akan membuka Tesla Supercharger di 10 lokasi yang strategik sebagai sebahagian rancangan perniagaan di sini. Antara lokasi yang dipertimbangkan setakat ini ialah Dengkil, Petaling Jaya, Bukit Jalil, Bukit Bintang, Negeri Sembilan, Iskandar Puteri, Ipoh, Perai dan 2 lagi lokasi di Kuala Lumpur yang akan diberitahu kelak.

Google ads
Back to top button