
LAST PALM STANDING – 10 SOALAN YANG KERAP DITANYA
Ramai yang bertanyakan pada penulis berkenaan dengan Subaru Palm Challenge. Adakah susah nak sertai pertandingan ini? Adakah pertandingan ini melibatkan acara larian, lumba basikal dan bermain dam aji? Sama macam acara Ironman ke? Boleh ke kita gantikan tapak tangan dengan siku ataupun perut? Jadi kami akan huraikan pertandingan ujian ketahanan ini dalam format soal jawab
1. Bagaimana cabaran Subaru Palm Challenge ini dijalankan?
Cabaran ini merupakan ujian ketahanan terbesar di Asia di mana peserta hanya perlu meletakkan tapak tangan mereka di atas pelekat tapak tangan bernombor di atas SUV Subaru yang disediakan oleh penganjur. Peserta yang meletakkan tapak tangan paling lama akan memenangi pertandingan ini

2. Sejak bilakah Mediacorp Subaru Challenge ini bermula?
Semenjak tahun 2002 dan edisi tahun 2019 sudah memasuki tahun ke 18

3. Siapakah yang layak menyertainya?
Semua warganegara Malaysia, Singapura, Kemboja, China, Hong Kong, Filipina, Taiwan, Thailand dan Vietnam yang berumur 18 tahun dan ke atas.
4. Bereapa ramai peserta pada tahun 2019?
Untuk edisi kali ini seramai 400 peserta sedang menjalani ujian ketahanan ini
5. Berapa banyak kereta Subaru yang disediakan?
Terdapat 10 buah SUV Subaru yang disediakan iaitu XV dan juga Forester.
6. Tak lenguh ke tapak tangan dan lengan?
Kalau dah nama cabaran, memang lenguh la. Tapi peserta akan diberi masa untuk rehat setiap 6 jam iaitu pada pukul 7am, 1pm, 7pm dan 1am setiap hari. Peserta boleh membawa ahli keluarga untuk memberi sokongan pada jam 7pm.

Pengunjung atau penonton boleh meynertai pertandingan ini melalui pendaftaran di lastpalmstanding.com dan menghadiahkan kemengan mereka kepada para peserta Last Palm Standing. Hadiah ini akan diberikan kepada 10 pengunjung dalam bentuk masa rehat 5 minit yang boleh diberikan kepada peserta yang menyertai cabaran.
5 minit pun cukup berharga. Namun waktu rehat bonus 5 minit ini hanya dihadkan sekali sahaja bagi setiap peserta.
7. Bagaimana pemenang dipilih?
Siapa yang boleh bertahan paling lama dengan meletakkan tangan di atas pelekat tapak tangan akan dipilih sebagai juara. Rekod paling lama ialah 77jam 58 minit dari peserta Vietnam

8. Ada pantang larang ke?
Kalau terkantoi melakukan perkara seperti mandi, bercukur, tisu, bedak, tisu basah, menumbuk, menampar atau melakukan sebarang kekasan fizikal pada peserta lain, terkencing di dalam seluar atau tapak tangan terlepas dari pelekat sepenuhnya maka pemyertaan mereka akan dibatalkan.
Semua syarat ad di https://mcsiteapp.com/lastpalmstanding2019/rules.html
9. Ada kad merah atau kad kuning macam main bola tak?
Ada, semua peserta akan diberi 2 amaran dan jika dia menerima 3 amaran maka penyertaannya akan dibatalkan secara automatik. Marsyal diberikan kebenaran untuk membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang sengaja melanggar peraturan

10. Kalau peserta pengsan?
jangan risau, pihak penganjur telah menyediakan pasukan perubatan yang bersedia 24jam di tapak pertandingan. Malah ketika rehat 5 minit peserta boleh menerima urutan daripada pasukan ini.